Dua beregu negara teruskan cabaran di Finland

Dua beregu negara teruskan cabaran di Finland


Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan cabaran negara di Terbuka Artik. Foto: AFP

DUA beregu badminton negara meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Artik Super 500 selepas menumbangkan pesaing masing-masing di Energia Areena, Vantaa Vantaa, Finland, pada Jumaat.

Gandingan beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Bagaimanapun kemenangan itu tidak hadir mudah apabila juara Terbuka China tersebut yang ungguli set pertama 23-21 ditumbangkan set kedua 19-21.

Set ketiga menyaksikan kedua-dua pasangan menampilkan persembahan penuh bertenaga yang akhir memihak kepada Nur Izzuddin-Goh Sze dengan kemenangan 22-20 dalam masa satu jam 13 minit.

Beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga mara ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin straight set, 21-19, 21-15 dalam masa 40 minit.

Sebelum itu, pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga gandingan nombor empat dunia dikejutkan kekalahan kepada wakil England, Ben Lane-Sean Vendy 13-21, 8-21 dalam tempoh 31 minit.

Sebagai rekod, Terbuka Artik kejuaraan kompetitif pertama buat Aaron-Wooi Yik selepas Wooi Yik kembali pulih kecederaan selepas meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top