London: Fulham meledak dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir buat mengecewakan Chelsea dengan keputusan 2-1 di Stamford Bridge.
Kekalahan Chelsea itu menyaksikan rekod cemerlang 12 kemenangan berturut-turut lebur sekali gus menjejaskan misi The Blues untuk menekan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam aksi itu, tuan rumah memulakan aksi dengan baik apabila mendahului menerusi jaringan Cole Palmer seawall minit ke-16.
Walaupun Chelsea cuba menggandakan jaringan, namun kelebihan satu gol itu kekal hingga berakhirnya babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, Fulham bangkit dengan aksi lebih kemas dan berjaya meledak dua gol di hujung permainan.
Harry Wilson yang masuk sebagai pemain gantian memulakan kebangkitan dramatik pelawat dengan gol penyamaan di minit 82.
Ketika aksi seakan berakhirseri, seorang lagi pemain gantian Rodrigo Muniz muncul wira dengan gol kedua pada masa kecederaan untuk menghadiahkan tiga mata maksimum buat Fulham.
Kemenangan Fulham itu juga menyaksikan ia adalah kemenangan pertama di tempat awal sejak 1979.
© New Straits Times Press (M) Bhd