Dua hari berturut mandi sungai sebelum ditemukan lemas

Dua hari berturut mandi sungai sebelum ditemukan lemas



am@hmetro.com.my

Besut: “Arwah tidak pandai berenang dan selalunya dia jarang keluar rumah selepas pulang dari sekolah.

“Namun, sehari sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar mandi sungai dan arwah keluar lagi, semalam (Sabtu) untuk mandi-manda di lokasi berlainan,” kata Wan Mohd Badrul Hisham Che Ismail, 38.

Dia adalah bapa saudara kepada Allahyarham Muhammad Ikhwan Abdullah, 16, yang ditemukan lemas di Sungai Panchor, Kampung Pasir Badak, Pasir Akar, Hulu Besut pada 4.40 petang Sabtu.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika arwah bersama sembilan rakan ke dua sungai berhampiran untuk mandi-manda dan tragedi berlaku di lokasi kedua.

“Jika diikutkan arwah yang juga anak sulung daripada lima beradik lebih banyak duduk di rumah, berbanding keluar dengan rakannya pada waktu petang.

“Dalam kejadian itu, dia dikatakan terus tenggelam ketika berada di kawasan dalam. Arwah tidak pandai berenang,” katanya ketika dihubungi.

Wan Mohd Badrul Hisham berkata, sebelum keluar rumah arwah sempat memaklumkan kepada ibunya untuk mandi sungai.

Dia juga menyifatkan arwah seorang yang ringan tulang dan suka membantu walaupun pendiam.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenang, Hulu Besut.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top