July 27, 2024

Dua lelaki lepas tembakan ke arah rumah Salman Khan

Dua lelaki lepas tembakan ke arah rumah Salman Khan


New Delhi: Dua anggota kumpulan penjenayah ditangkap polis India kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon terkenal, Salman Khan, sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan dua ekor antelop oleh bintang Bollywood itu.

Pada kejadian itu, dua lelaki bermotosikal menembak ke arah pangsapuri di tingkat satu kediaman Salman pada awal pagi Ahad di kejiranan mewah di Bandra, Mumbai, selain turut melepaskan beberapa das tembakan ke udara, sebelum melarikan diri.

Salman yang sentiasa dikawal oleh anggota polis bersenjata, berada di rumah ketika tembakan itu dilepaskan.

Dua lelaki berusia 24 dan 21 tahun itu ditahan semalam di negeri barat Gujerat.

“Kami dapat mengesan kedua-dua tertuduh berhampiran sebuah kuil,” kata pegawai polis daerah Kutch, Mahendra Bagaria.

Geng Bishnoi, yang dituduh melakukan beberapa pembunuhan dan aktiviti pemerasan, berasal dari mazhab agama yang lebih luas berasaskan padang pasir yang menganggap spesies itu sebagai penjelmaan semula guru mereka.

Salman, 58, menjadi tumpuan kumpulan itu sejak 1998 kerana menembak dua blackbuck (sejenis antelop) ketika dalam perjalanan melakukan aktiviti memburu.

Ketua kumpulan itu, Lawrence Bishnoi dipenjara kerana mengancam Salman dengan pembunuhan pada masa lalu.

Anggota komuniti Bishnoi meneruskan kes jenayah terhadap Salman kerana tembakan antelop selama 20 tahun.

Salman dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah tempatan kerana melanggar Akta Perlindungan Hidupan Liar pada 2018.

Namun, penalti itu digantung selepas rayuan hanya beberapa hari selepas Salman dihantar ke penjara, mendorong Lawrence untuk memberi amaran tidak lama kemudian bahawa kumpulannya akan mengambil undang-undang ke tangan mereka sendiri.

Ketua kumpulan itu dituduh mendalangi beberapa pembunuhan termasuk pembunuhan penyanyi rap popular India, Sidhu Moose Wala, pada 2022.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top