Dua pegawai badan berkanun kemukka butir matan palsu ditahan

Dua pegawai badan berkanun kemukka butir matan palsu ditahan


Ipoh: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan dua pegawai badan berkanun di negeri ini kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan bayaran kira-kira RM45,000 bagi satu program di sebuah daerah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak.

“Suspek wanita berusia 40-an ditahan kira-kira jam 6.30 petang, 22 Julai dan susulan itu seorang suspek lelaki berusia 30-an turut ditahan pada jam 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat mengemukakan dokumen tuntutan palsu untuk kelulusan bayaran kira-kira RM45,000 bagi sebuah program di bawah badan berkanun terbabit sedangkan program itu tidak dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top