Dua pelanggan Kaotim menang BYD Atto 3

Dua pelanggan Kaotim menang BYD Atto 3


kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencipta detik istimewa dengan meraikan dua pemenang hadiah utama kempen Mini Worries, Great Prizes yang berjaya membawa pulang BYD Atto 3 Ultra.

Dua pemenang bertuah itu ialah Muhamad Norimin Muhamad dari Shah Alam dan Selamat Md Din dari Temerloh, Pahang.

Kempen sempena ulang tahun kedua Kaotim itu tampil dengan konsep unik ‘dua pemenang’ bagi memberi lebih peluang kepada pelanggan menikmati ganjaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, kempen berkenaan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Konsep ‘dua pemenang’ ini membolehkan kami mengekalkan keterujaan sepanjang kempen selain menjadikan pengalaman pelanggan lebih bermakna dan berbaloi.

“Majlis ini bukan sekadar meraikan pemenang hadiah utama, tetapi sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan pelanggan,” katanya.

Kempen yang berlangsung dari 15 Oktober 2025 hingga 15 Januari 2026 itu turut menawarkan pelbagai ganjaran bulanan termasuk jongkong emas, iPhone serta e-baucar Touch ‘n Go bernilai RM5,000 sebelum diakhiri dengan hadiah utama dua kenderaan elektrik berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan, Muhamad Norimin yang bekerja sebagai penyedia latihan dan rundingan berkata, pada awalnya beliau tidak menyangka menjadi pemenang kerana bimbang penipuan.

“Selepas seminggu, saya hubungi pihak Takaful Malaysia dan disahkan sebagai pemenang.

“Saya sertai kempen ini selepas melanggan pelan perlindungan perubatan MediBooster untuk tiga anak secara dalam talian dan paling penting proses permohonan sangat mudah dan cepat,” katanya.

Menurutnya, kemenangan itu amat berbaloi memandangkan beliau hanya membuat pelaburan kecil untuk perlindungan anak-anak.

“Tak sangka boleh dapat kereta dan saya sebelum ini memang merancang untuk mempunyai kenderaan elektrik (EV), Alhamdulillah syukur ini hadiah paling bermakna untuk kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Selamat yang bekerja sebagai penyelia syarikat swasta berkata, kemenangan berkenaan cukup bermakna kerana diperoleh menjelang sambutan hari lahirnya yang jatuh pada 6 April.

“Saya memang tidak sangka menang. Apabila dimaklumkan, rasa macam tidak percaya kerana selama ini saya belum pernah memenangi sebarang hadiah utama dalam mana-mana peraduan.

“Ini hadiah hari jadi paling bermakna sepanjang hidup saya,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan produk Kaotim kepada orang ramai kerana mudah diakses dan dipercayai.

Takaful Malaysia sebelum ini memperkenalkan Kaotim sebagai platform digital bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perlindungan dengan lebih pantas dan interaktif.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top