Dua polis berhibur di bulan puasa, ditahan positif dadah

Dua polis berhibur di bulan puasa, ditahan positif dadah



mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dua anggota polis ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, di sini, semalam.

Mereka adalah antara 55 individu, termasuk empat warga asing, yang dicekup dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Serbuan yang bermula jam 4 petang itu dilakukan hasil risikan dan maklumat, dengan pemeriksaan mendapati anggota polis lelaki dan wanita berkenaan positif dadah Eramin 5 dan ketamin.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 49 individu membabitkan 25 lelaki dan 17 wanita positif dadah, termasuk penjawat awam itu.

“Sembilan lagi yang ditahan negatif dadah dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963, dan Peraturan 25(1)(n) PPN 1990.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1953 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

“Kertas siasatan tatatertib selari akan dibuka terhadap penjawat awam berkenaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top