Pelakon Abby Abadi berharap pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap menantunya, Ahmad Aslam berikutan isu pernikahan yang didakwa masih belum disahkan.
Menerusi perkongsian di Threads, Abby turut mempersoalkan tiadakah apa-apa tindakan untuk memberi pengajaran kepada pihak lelaki dan hanya pihak perempuan saja yang dipandang hina.
BACA: “Kesilapan Bukan Makna Adik Gagal, Anak Mama Kuat”

“Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu macam ni tak boleh nak bertindak apa-apa ke untuk bagi pengajaran pada pihak lelaki?
“Dah la nikah luar Malaysia, dengan tiada pengesahan sijil nikahnya, dah 2 tahun dah… buat pihak perempuan je dipandang hina.
“Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai macam ni? Suka hati nak buat apa pun,” katanya.
Sementara itu, Abby berkata dia bimbang jika ibu bapa mengambil tindakan boleh mengundang masalah lain.
“Kalau mak bapak bertindak kang, takut mak bapak pula yang ke dalam,” tulisnya.






