Ducati perlu waspada kebangkitan lawan

Ducati perlu waspada kebangkitan lawan

Ducati perlu waspada kebangkitan lawan


BURIRAM: Pelumba Gresini, Alex Marquez tidak mahu kem Ducati terlalu selesa dalam merebut kejuaraan dalam aksi pembukaan MotoGP 2026 di Thailand, minggu ini.

Marquez berkata, peningkatan prestasi pencabar utama perlu diberikan perhatian serius bagi mengelak pasukan itu ketinggalan pada permulaan musim di Litar Buriram.

Katanya, kelebihan kelajuan maksimum semata-mata tidak cukup untuk memastikan proses memotong berjalan lancar, khususnya di Buriram yang terkenal dengan sektor tajam.

“Ya, tetapi anda perlukan lebih daripada dua kilometer sejam untuk memotong dengan bersih. Ia bukan mudah,” katanya selepas ujian rasmi pramusim di Buriram.

Ducati sebelum ini sering mendahului carta kelajuan tertinggi, dengan jentera GP26 sekali lagi tampil garang apabila Francesco Bagnaia mencatatkan 342km/j pada hari pertama ujian.

Peranti ketinggian tunggangan baharu yang diperkenalkan pada Desmosedici dilihat membantu menambah kelebihan di laluan lurus.

“Saya berada di belakang pelumba Aprilia dan juga Honda. Mereka agak serupa. Jadi, ia tidak akan mudah untuk memotong di trek ini,” jelasnya.

Aprilia hampir menyentuh 340km/j menerusi perangkap laju pada hari terakhir ujian, manakala Honda mencatatkan 338km/j, angka yang cukup untuk memberi tekanan kepada jentera Itali itu di litar pembuka tirai musim 2026 tersebut.

Naib juara 2025 itu tidak melihat beban kerja tambahan sebagai sesuatu yang membebankan, sebaliknya menganggap ia sebagai peluang untuk memperbaiki prestasi motosikalnya.-AGENSI





Source link

OR

Scroll to Top