Duit kemenangan untuk kos perubatan bapa hidap kanser

Duit kemenangan untuk kos perubatan bapa hidap kanser



am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: “Duit kemenangan saya tidak akan ambil satu sen pun. Semuanya buat menampung kos perubatan bapa yang disahkan menghidap kanser usus sejak April tahun lalu.

“Bapa jugalah pembakar semangat saya untuk menyertai Pertandingan Karaoke Dewasa Calpis Soda One In A Million sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Sabah kali ini.

“Saya sanggup memandu seorang diri dari Sandakan dengan menempuh masa perjalanan selama tujuh jam.

“Alhamdulillah… Pengorbanan saya bagi pertandingan ini membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai johan,” kata Faeza Abdurahman, 37.

Mengulas lanjut, Faeza yang bekerja sebagai kakitangan dalam sektor swasta memaklumkan sejak mula mengetahui tentang pertandingan karaoke terbabit, dirinya memang berniat mahu memberikan keseluruhan duit kemenangan buat perubatan bapa sekiranya bergelar johan.

Bagaimanapun, Faeza menyatakan bapanya kini hanya memerlukan rawatan kemoterapi.

Mengulas lanjut tentang kemenangannya itu, Faeza menyatkan kesyukuran dinobatkan johan berikutan ia kemenangan pertamanya sejak mula aktif menyertai pertandingan nyanyian.

“Saya tidak sangka dapat johan. Jujurnya perasaan ketika ini gembira, teruja dan sebak.

“Walaupun sudah terbiasa mengikuti pertandingan nyanyian tetapi Pertandingan Karaoke Dewasa Calpis Soda One In A Million ini adalah kemenangan pertama saya,” katanya sebak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top