“Dulu DJ Kidd Cepat Melenting, Sekarang Dah Matang” 

“Dulu DJ Kidd Cepat Melenting, Sekarang Dah Matang” 


Pelakon Emma Maembong berkongsikan detik awal perkenalannya dengan kekasih, DJ Kidd ketika sesi siaran langsung baru-baru ini.

Menurut Emma, perkenalannya dengan DJ Kidd di set penggambaran menerusi seorang rakan dan mengajak untuk lepak bersama.

BACA: Emma Maembong, DJ Kidd Kembali Bercinta?

“Kawan dia (DJ Kidd) adalah kawan saya. Kami shooting sama-sama. Masa shooting, dia ada buat panggilan video saya dekat sebelah.  Saya tegur, jom la lepak. Sampai sekarang lepak,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata di awal perkenalan DJ Kidd seorang yang mudah melenting namun kini sudah berubah. Malah, Emma berkata dia menerima banyak sokongan daripada mereka yang menjalin hubungan cinta dengan pasangan usia jarak jauh.

“Dulu masa kenal, dia cepat melenting. Sekarang tak dah. Ramai orang yang seusia saya dan yang bercinta umur jarak jauh, sokong saya.

“Kita kena banyak mengalah dengan yang muda. Kita layan saja. Sekarang kita pula macam budak-budak, dia pula matang,”katanya.






Source link

OR

Scroll to Top