September 8, 2024

Dulu Pelakon Cilik, Kini Mia Sara Nasuha Personaliti Hijabi! Punyai 2.5 Juta Pengikut Di Media Sosial – Hijabista

Dulu Pelakon Cilik, Kini Mia Sara Nasuha Personaliti Hijabi! Punyai 2.5 Juta Pengikut Di Media Sosial – Hijabista

Sekejap sungguh masa berlalu, jika dahulu kita sering melihat figura genit ini menghiburkan kita dalam setiap naskah drama dan filem yang dibintanginya, hingga membuatkan ramai tak keruan melihat kecomelan raut wajah serta kepetahan yang dimilikinnya.

Kini, personaliti media sosial yang dahulunya merupakan pelakon cilik Malaysia, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih mesra disapa sebagai Mia Sara sudah pun menjadi anak gadis berusia 18 tahun.

Malah, semakin mempersona dengan penampilan yang lebih bersesuiaian dengan gadis seusianya. Walaupun berhijab, mia tidak tidak terikat untuk berfesyen, beliau semakin bijak menatarias gaya sehingga berjaya menarik perhatian wargamaya!

Macam Barbie Doll Muslimah

@miasaranasuha @mun @Liyamaisarah ♬ original sound –

 

Sumber gambar: Tik Tok – Mia Sara Nasuha

Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Mia memaparkan dirinya sedang menggayakan baju dengan corak warna warni yang begitu meriah, sekaligus membuatkan dia terlihat persis anak patung Barbie dalam solekan minimalis namun menyerlahkan persona wajah remajanya.

Artikel berkaitan: Pempengaruh Teratas Di Malaysia Viral Di TikTok, Tak Sangka Mia Sara Antara 20 Yang Terhebat

Video berkenaan dirakam Mia sewaktu bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer media sosial, Liya Maisarah ketika mereka sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan penampilan Mia, kebanyakan netizen bersetuju bahawa penampilan Mia kini lebih menarik dan menyerlah berbanding sebelumnya.

Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk memiliki baju yang diperagakan oleh Mia.

Astagfirullah, semoga diberikan kesedaran

Sumber gambar: Tik Tok – Mia Sara Nasuha

Walaupun meraih banyak pujian, namun terdapat juga segelintir netizen yang masih ‘sakit mata’ dan bertindak mengecam penampilan Mia akibat pemakaian tudung pendek dan tidak menutupi aset berharga miliknya.

Oleh itu, marilah kita mendoakan semoga Mia Sara mendapat hidayah menjadi seorang muslimah yang mengikut tuntutan syariah, berhijab dan menutup aura dengan sempurna, sebagaimana yang telah disrankan oleh agama Islam, agar tidak terus menerus mengundang kecaman dari warga maya.

Untuk rekod, Mia telah bergiat aktif dalam industri seni tanah air sejak 2008 lagi. Ketika itu usianya baru mencecah tiga tahun. Antara drama dan filem popular yang telah dilakonkan oleh Mia adalah Papa I Love You, Strawberi & Karipap serta Nur Kasih The Movie.

Sekadar inf, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber Video & Foto: Instagram Mia Sara & Tik Tok Mia Sara Nasuha

Artikel berkaitan: Tak Ambil ‘Port’ Cerita Tudung Singkat, Follower Mia Sara Tetap Sokongnya & Kini Cecah 1M 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

The post Dulu Pelakon Cilik, Kini Mia Sara Nasuha Personaliti Hijabi! Punyai 2.5 Juta Pengikut Di Media Sosial appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top