Pelakon Diana Danielle mendedahkan dirinya kini semakin selesa berborak ringan atau ‘small talk’ ketika menghadiri acara meskipun itu adalah perkara yang tidak digemarinya dahulu.
Katanya, perubahan itu hadir selepas dia sedar setiap pertemuan itu boleh membuka ruang untuk seseorang belajar sesuatu daripada orang lain.
Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata, setiap individu baik atau buruk akan ada perkara yang boleh dipelajari tidak kiralah sama ada ia pengalaman, pengajaran mahupun perkara kecil seperti tips memasak.
“Adakah saya sahaja atau anda semua pun suka small talk dengan orang?
“Dulu masa saya pergi event kan? Saya tak suka small talk. Sebab saya selalu disajikan dengan ‘I tak suka pergi event’… Everyone is fake. I don’t know how to do small talk, small talk is so boring.
“Tapi lama-lama saya sendiri sedar bahawa manusia ni macam-macam kita boleh belajar dengan orang. Sejahat-jahat manusia dan sebaik-baik manusia ni, ada sahaja benda dan ilmu atau pengalaman yang kita boleh absorb.
“So sekarang bila saya pergi event, saya suka small talk. Ada this one cooking show yang saya buat, saya small talk dengan this couple.. tiba-tiba saya tahu banyak benda pasal hidup mereka. Dan suddenly mereka ajak saya pergi Terengganu sebab mereka ni ada rumah kampung yang aman sangat,” kongsinya.
Diana turut menyedari perbualan ringan itu bukan sekadar membuka ruang kepada hubungan baharu, tetapi juga mengukuhkan hubungan yang sedia ada.
“Dan saya perasan lah, orang kata kita bukan hanya bina relationship baru tapi kita juga maintain relationship yang ada.
“Lama-lama ada sahaja orang yang recommend saya dengan clients, nak bekerjasama bersama… Banyak pintu rezeki dan peluang yang terbuka disebabkan small talk.
“Saya juga selalu perasan kalau saya pergi event, saya akan cakap saya nak balik awal but, saya sentiasa adalah orang yang terkahir akan meninggalkan acara sebab saya akan terhanyut dengan ‘small talk’. jadi jangan pandang rendah dengan ‘small talk’,” katanya.





