“Dulu Sehari Sekota, Sekarang Sekotak Seminggu”

“Dulu Sehari Sekota, Sekarang Sekotak Seminggu”


Pelakon Que Haidar berkongsikan dia nekad untuk meninggalkan tabiat buruk dan sedang berusaha dengan mengurangkan pengambilan rokok.

Menerusi sesi siaran langsung, Que berkata jika sebelum ini dia mampu menghabiskan sekotak rokok dalam sehari, kini hanya sekotak dalam seminggu.

BACA: Penonton Geli Tengok Penampilan Que Haidar Di GV

“Dah seminggu, tapi masih ada enam batang rokok lagi. Hebat juga saya boleh bertahan. Kadang-kadang ada hari yang saya langsung terlupa nak merokok.

“Ini perkembangan yang sangat baik untuk diri saya sebab memang niat saya nak berhenti merokok. Dulu sehari sekotak, sekarang sekotak seminggu. Perlahan-lahan Insya-Allah akan okay,” katanya.

Sementara itu, Que berkata dia memilih untuk memberi fokus kepada perkembangan dirinya sendiri tanpa membandingkan dengan orang lain.

“Saya tak boleh bandingkan diri saya dengan hidup orang lain. Yang saya lihat hanya perkembangan diri saya berbanding sebelum ini.

“Dulu sehari sekotak, lepas itu saya perlahan-lahan kurangkan. Sekarang sekotak seminggu. Lama-lama, Insya-Allah saya boleh berhenti terus,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top