“Dulu Sehari Sekotak, Kini Hampir Lupa Merokok” – Que Haidar Bangga Capai Progres Besar Dalam Usaha Tinggalkan Rokok

“Dulu Sehari Sekotak, Kini Hampir Lupa Merokok” – Que Haidar Bangga Capai Progres Besar Dalam Usaha Tinggalkan Rokok


Pelakon, Que Haidar memaklumkan dirinya kini berada dalam fasa usaha untuk menghentikan tabiat merokok.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata dia kini mampu bertahan dengan hanya merokok sekotak seminggu, berbanding kebiasaannya yang menghabiskan sekotak sehari sebelum ini.

“Dah seminggu, tapi masih ada enam batang rokok lagi. Hebat juga saya boleh bertahan. Kadang-kadang ada hari yang saya langsung terlupa nak merokok.

“Ini perkembangan yang sangat baik untuk diri saya sebab memang niat saya nak berhenti merokok. Dulu sehari sekotak, sekarang sekotak seminggu.

“Perlahan-lahan… Insya-Allah akan okay,” katanya.

Menurut Que, dia memilih untuk memberi fokus kepada kemajuan dirinya sendiri tanpa membuat perbandingan dengan orang lain.

“Saya tak boleh bandingkan diri saya dengan hidup orang lain. Yang saya lihat hanya progres diri saya berbanding sebelum ini.

“Dulu sehari sekotak, lepas itu saya perlahan-lahan kurangkan. Sekarang sekotak seminggu. Lama-lama, Insya-Allah saya boleh berhenti terus,” ujarnya.

Sebelum ini, Que pernah melahirkan rasa terkilan apabila segelintir pihak mengkritiknya sebagai ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU) selepas menayangkan hasil perubahan bentuk badannya.

Artikel Berkaitan: Dikritik Berlagak Selepas Tayang Badan, Que Haidar Tampil Bersuara – “Orang Lama Sepatutnya Mendorong, Bukan Mengecam!”

Sumber: YouTube



Source link

OR

Scroll to Top