“Dulu TTC  Sama Nelydia, Sekarang Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak”

“Dulu TTC  Sama Nelydia, Sekarang Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak”


Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai apabila meluahkan perasaan mengenai perjalanannya untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi hantaran di Threads, Aprena berkata sebelum ini dia melalui fasa mencuba untuk hamil (TTC) bersama sepupunya pelakon Nelydia Senrose.

BACA: Aprena Manrose Nak Suami ‘Provider’, Jaga Solat, Tak Kedekut

Lebih sebak apabila Aprena mengatakan kini tinggal dirinya sahaja yang belum diberikan rezeki cahaya mata serta tertanya-tanya bila gilirannya pula.

“Hi threads pipol! Nak meluah jap. Dulu saya and Nely (Nelydia) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita.

“Now tinggallah saya sorang je yang belum ada rezeki anak. Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?” tulisnya.

Baru-baru ini, Nelydia mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak pertama sempena ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh.

Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 namun sah bercerai pada Jun tahun lalu.






Source link

OR

Scroll to Top