Duta Barat pulau peringatan Nagasaki kerana Israel tidak dijemput

Duta Barat pulau peringatan Nagasaki kerana Israel tidak dijemput


TOKYO – Duta besar dari negara Barat termasuk Amerika Syarikat tidak akan menghadiri upacara peringatan ulangn tahun ke-79 pengeboman Nagasaki yang akan berlangsung Jumaat ini.

Tindakan tersebut dibuat selepas penganjur tidak menjemput duta dari Israel, Gilad Cohen bagi menghadiri majlis berkenaan.

Datuk Bandar Nagasaki, Shiro Suzuki minggu lalu berkata, Cohen tidak dijemput ke acara yang berlangsung di bandar selatan Jepun itu kerana risiko protes yang mungkin berlaku berikutan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Suzuki menjelaskan keputusan tersebut bagi memastikan majlis kekal aman dan fokus untuk mengingati mangsa yang maut akibat bom atom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat membunuh berpuluh ribu penduduk.

Bagaimanapun beberapa pengkritik percaya mengecualikan Israel adalah satu langkah politik yang menghantar mesej salah tentang menentang keganasan dan menyokong perpaduan global, tambah laporan itu.

Duta Besar AS, Rahm Emanuel tidak akan hadir “selepas Datuk Bandar Nagasaki mempolitikkan acara itu dengan tidak menjemput duta Israel,” kata jurucakap kedutaan kepada AFP.

Sebaliknya, Emanuel, 64, yang merupakan ketua kakitangan bekas presiden AS Barack Obama, akan pergi ke acara berasingan di sebuah kuil di Tokyo, kata jurucakap itu.

Kedutaan British menyatakan bahawa Duta Besar, Julia Longbottom juga tidak akan berada di Nagasaki.

Beliau mengatakan langkah tidak menjemput Israel “mencipta persamaan yang malang dan mengelirukan dengan Rusia dan Belarus – satu-satunya negara lain yang tidak dijemput ke majlis tahun ini.”

Jurucakap Kedutaan Perancis mengatakan orang nombor duanya akan hadir tetapi kesal dan mempersoalkan “keputusan untuk tidak menjemput wakil Israel.

Laporan media mengatakan Australia, Itali, Kanada, dan Kesatuan Eropah, yang bersama-sama dengan Amerika Syarikat, Britain, dan Jerman menandatangani surat bersama yang tegas kepada Datuk Bandar Nagasaki bulan lalu.

Senarai negara yang dijemput termasuk Syria, Yaman, Venezuela, China, Myanmar dan Afghanistan yang didakwa Barat sebagai mempunyai isu kemanusiaan.

Paling kontroversi, Times melaporkan, Duta Iran telah dijemput walaupun penetapan Iran sebagai penaja utama keganasan oleh AS dan sekutunya.

Israel telah membunuh lebih 40,000 penduduk Gaza kebanyakan bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua selain memusnahkan secara total rumah, hospital dan infrasturktur. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top