nfazlina@nstp.com.my
Sungai Golok: Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan yang lain yang dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat tiba di Pejabat Imigresen Sungai Golok.
Kesemua mereka dibawa dari Balai Polis Narathwiat tiba di sini, 6.10 petang tadi dengan menaiki kenderaan polis.
Ketibaan mereka turut disambut ahli keluarga masing-masing yang setia menunggu sejak 12 tengah hari tadi.
Media semalam melaporkan Eda Ezrin dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.
Bagaimanapun pada 6 Mac lalu, keenam-enam mereka dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba.
- 2 anak Eda Ezrin teruja jumpa ibu
- Keluarga berkumpul luar Balai Polis Sungai Golok, ceria tunggu kepulangan Eda Ezrin
- Polis akan rakam keterangan Eda Ezrin sejurus pulang ke Malaysia
- Tak sabar untuk peluk Eda Ezrin – Bapa
- Pembebasan bukti anak tidak bersalah – Bapa Eda Ezrin
- Eda Ezrin dibebaskan
© New Straits Times Press (M) Bhd