September 8, 2024

Edson Alvarez jadi buruan

Edson Alvarez jadi buruan


LONDON – Manchester United sedang serius mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain tengah baharu di mana ia hampir pasti akan terjadi sekiranya Casemiro meninggalkan kelab itu.

Difahamkan bahawa kapten Mexico, Edson Alvarez  adalah salah satu pilihan yang dibincangkan secara dalaman.

Dia juga pernah menjadi pemain di bawah kendalian Erik Ten Hag di Ajax sebelum ini.

Namun perpindahan pemain berusia 26 tahun itu dilihat sukar kerana West Ham menganggapnya sebagai pemain utama.

Pada masa sama, pemain tengah itu juga sedang diintai oleh Chelsea dan Barcelona.

ESPN menjelaskan The Blues telah mengemukakan tawaran 50 juta Euro untuk menandatangani Alvarez sebelum tarikh akhir perpindahan musim panas ini.

Musim lalu, West Ham United menandatangani Alvarez dari Ajax Amsterdam dengan kontrak lima tahun.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak mendedahkan syarat tetapi Ajax berkata, kedua-dua kelab telah bersetuju dengan bayaran perpindahan sebanyak 38 juta euro, yang boleh meningkat kepada 41 juta euro.

Dia yang memiliki kontrak di Ajax sehingga 2025 telah membuat 147 penampilan dan  menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan untuk kelab Eredivisie itu sejak tiba pada 2019. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top