KUANTAN: Edven Ying, Ben Leong dan pemain amatur Nateeshvar Ganesh terikat pada empat belas di bawah par (-14) yang memerlukan perlawanan play off untuk penentukan juara golf PGM Diraja Pahang.
Semasa play-off pertama di lubang 18, ketiga-tiganya berjaya sampai ke green dengan dua pukulan, kecuali Nateeshvar yang melakukan cip melepasi green dan berakhir dengan par, manakala Edven dan Ben terikat dengan
birdie.
Ini membawa kedua-duanya bermain di play-off lubang kedua.
Semasa lubang play-off kedua dan ketiga, kedua-duanya melakukan birdie, hinggalah pada play-off lubang keempat lubang, Edven juga dikenali sebagai Ah Hock berjaya melakukan satu putt, sementara manakala Ben tersasar dari lubang untuk memaksa paly off satu lubang lagi.
Dengan itu Edven dinobatkan sebagai juara pada kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf DiRaja Pahang itu.
Kemenangan terakhir Edven Ying ialah di Templer Park Country Kelab pada Jun 2023.
Marcus Lim yang berada di papan pendahulu selepas dua pusingan terikat keempat dengan Jeremiah Kim pada dua belas di bawah par.
Pada Kejohanan Wanita, Mirabel Ting terlalu padu untuk ditewaskan. Mirabel bermain empat birdie dengan dua bogey untuk menjulang trofi pada empat belas di bawah par (-14).
Aretha Pan menduduki tempat kedua dengan lima di bawah par (-5). Siti Zulaikah mendapat tempat ketiga pada par genap.
Final Leading Scores:
202 – EDVEN YING 69 66 67 (won on 4 th play off hole), BEN LEONG 69 66 67, NATEESHVAR GANESH (A) 69 67
66,
204 – KIM LEUN KWANG 68 67 69, MARCUS LIM 69 63 72
206 – MALCOLM TING 66 70 70
207 – NICHOLAS FUNG 70 69 68
208 – PAUL SAN 69 72 67, KHOR KHENG HWAI 69 69 70, SHAHRIFFUDDIN ARIFFIN 67 68 73
209 – DAENG RAHMAN 71 74 64, SYAHIRAN SYAKIR 70 71 68
210 – HILMI RAHMAN 73 68 69
211 – FAKHRUL AKMAL 70 69 72
212 – AFIF FATHI 73 68 71
214 – WILSON CHOO 74 69 71, NOR HEIKAL HADI 72 70 72, DANNY MILLIS 75 67 72
215 – WAFIYUDDIN MANAF 75 70 70, RUHANRAJ VINAYAGAM 72 71 72, R NACHIMUTHU 70 72 73, FAIZUL
HAFIZ 76 72 67, TONY LAM 76 73 66
216 – RYAN FERNANDEZ 74 71 71, K RHAASRIKANESH 71 73 72, SUKREE OTHMAN 73 73 70
Ladies Championship: Final Leading Scores:
202 – MIRABEL TING 67 65 70
211 – ARETHA PAN 68 69 74
216 – ZULAIKAH NASSER 73 72 71
218 – GERALDINE WONG 71 73 74
219 – LIYANA DURISIC 75 72 72
221 – NG JING XUEN 72 75 74, MICHELLE KOH 75 72 74
223 – LANA ASWADI 73 75 75
225 – AMALIA SHAHZAN 75 74 76
229 – AFIFAH RAZIF 74 75 80