Eimei, panda gergasi tertua dunia mati pada usia 32 tahun

Eimei, panda gergasi tertua dunia mati pada usia 32 tahun


Shanghai: Pusat penyelidikan panda gergasi China mengumumkan bahawa Eimei, yang pulang dari Jepun pada 2023, mati pada penghujung Januari pada usia 32 tahun, bersamaan dengan 100 tahun manusia, lapor Kyodo.

Eimei, yang melahirkan 16 ekor anak di zoo di Wilayah Wakayama barat Jepun dan diiktiraf sebagai panda gergasi tertua di dunia dalam kurungan untuk menghasilkan anak melalui pembiakan semula jadi, mati pada 25 Januari lalu selepas mengalami kegagalan beberapa organ, lapor Kyodo News, memetik Pangkalan Penyelidikan Chengdu Pembiakan Panda Gergasi di Sichuan.

Pada hari-hari terakhirnya, Eimei mengalami kemerosotan kesihatan, dengan gejala seperti lesu, kurang selera makan dan kesukaran bernafas. Pusat itu melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian panda itu, yang “membuka lembaran baharu dalam kerjasama pemuliharaan antarabangsa untuk panda gergasi.”

Eimei tiba di Jepun secara pinjaman pada 1994 pada usia satu tahun dan menghabiskan hampir tiga dekad di Adventure World Zoo di Wakayama sebagai sebahagian daripada program kerjasama pembiakan antara kedua-dua negara Asia.

Pada Februari 2023, dia dikembalikan ke China bersama anak kembarnya, Ouhin dan Touhin.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top