Ejen bola sepak catat pendapatan AS$1.37 bilion daripada perpindahan pemain 2025

Ejen bola sepak catat pendapatan AS.37 bilion daripada perpindahan pemain 2025


Kita sepatutnya berterima kasih kepada FIFA kerana membantu membina budaya tahu malu. Foto hiasan

EJEN bola sepak meraih bayaran yuran tertinggi dalam sejarah pada 2025, menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Antara 1 Januari hingga 1 Disember, bayaran yuran ejen daripada perpindahan pemain lelaki mencecah AS$1.37 bilion, jauh melebihi rekod sebelum ini sebanyak AS$889.4 juta yang dicatatkan pada 2023.

Menurut FIFA, bayaran ejen itu dibayar oleh kelab-kelab bola sepak Eropah.

Kelab Inggeris muncul sebagai penyumbang terbesar dengan bayaran melebihi AS$375 juta kepada ejen pemain, manakala kelab Jerman berada di tempat kedua dengan jumlah sekitar AS$165 juta.

Rekod baharu turut dicatatkan dalam bola sepak wanita, dengan jumlah bayaran kepada ejen mencecah AS$6.2 juta, iaitu dua kali ganda berbanding 2024 dan 13 kali lebih tinggi berbanding 2020, menurut FIFA.

Setakat 4 Disember, terdapat 10,525 ejen pemain berlesen di seluruh dunia, menurut FIFA. – Bernama-dpa

Ringkasan AI

  • Ejen bola sepak meraih bayaran yuran tertinggi dalam sejarah pada 2025
  • Bayaran yuran ejen daripada perpindahan pemain lelaki mencecah AS$1.37 bilion
  • Bayaran ejen dibayar oleh kelab-kelab bola sepak Eropah
  • Kelab Inggeris penyumbang terbesar dengan bayaran melebihi AS$375 juta kepada ejen pemain
  • Rekod baharu dalam bola sepak wanita dengan jumlah bayaran kepada ejen mencecah AS$6.2 juta



Source link

OR

Scroll to Top