Chile: Ekspedisi ‘Perjalanan ke Amerika Selatan 2025’ bermula hari ini selepas urusan dokumentasi mengeluarkan motosikal selesai di Port San Antonio.
Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Charge D’Affaires, Abang Abdul Rasyid Abang Yusop di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, di sini.
Seorang peserta, Mohd Adha Zainal Aznam merakamkan terima kasih kepada seluruh warga kerja di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Santiago atas bantuan dan kerjasama.
Dari Santiago perjalanan seterusnya akan ke Mendoza, Argentina sejauh 370 kilometer (km), melalui kawasan pergunungan Passo Libertadores.
Ekspedisi selama 90 hari itu dijadualkan berakhir pada 5 Mac 2025 membabitkan enam negara iaitu Chile, Argentina, Bolivia, Peru, Ecuador dan Colombia dengan jarak perjalanan sejauh 25,000 km.
© New Straits Times Press (M) Bhd