Elak buat silap di Paris

Elak buat silap di Paris


Pemain utama Liverpool termasuk Mohamed Salah (kanan) cukup bersedia berhadapan ujian PSG di Paris.

PERTAHANAN kental Liverpool, Virgin van Dijk mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak melakukan kesilapan mudah ketika berdepan Paris Saint-Germain (PSG) pada pertembungan 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) di Parc des Princes pada awal pagi Khamis.

Pada masa sama, van Dijk mahu jentera serangan diketuai Mohamed Salah memanfaatkan setiap peluang terhidang supaya bekalan selesa dapat dibawa menjelang aksi timbal balik di Anfield minggu depan.

Sebagai rekod, kedua-dua kunjungan The Reds ke Paris pada 1997 dan 2018 berakhir dengan kekalahan.

Namun, van Dijk menegaskan kedua-dua kekalahan itu sebagai catatan masa lampau dan tidak perlu diungkit kerana kali ini Liverpool tampil dengan wajah dan semangat berbeza.

“Kami menjangkakan perlawanan yang sengit menentang PSG di laman mereka.

“Sudah tentu ia bukan tugas yang mudah, lebih-lebih lagi mereka kini berada di kemuncak prestasi.

“Namun, mentaliti kami juga berada pada tahap terbaik. Apa yang penting, kami perlu mengelak kesilapan dan permainan buruk di Paris,” ujar van Dijk.

Selain UCL, Liverpool yang kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) berpeluang memenangi trofi dalam musim pertama Arne Slot sebagai pengendali kelab apabila The Reds layak ke final Piala Liga menentang Newcastle United di Wembley pada 17 Mac ini.

Terdahulu, Slot menegaskan tidak gerun dengan ujian PSG di Paris meskipun menyedari skuad kendalian Luis Enrique itu dibarisi ramai pemain berkualiti.

Liverpool muncul pasukan pertama layak secara automatik ke pusingan 16, manakala PSG terpaksa bersaing dalam perlawanan playoff menentang Brest untuk mara ke pusingan kalah mati.



Source link

OR

Scroll to Top