Elaun bilal, siak dan penjaga kawasan masjid di Perlis naik RM200

Elaun bilal, siak dan penjaga kawasan masjid di Perlis naik RM200


KANGAR: Kadar elaun bilal, siak dan penjaga kawasan masjid telah dinaikkan sebanyak RM200 bermula tahun ini melalui peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, kadar baharu elaun bilal tersebut adalah sebanyak RM650 sebulan dengan membabitkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM117 dan MAIPs sebanyak RM532.50.

Manaka kadar elaun siak dan penjaga kawasan pula katanya, adalah pada kadar RM600 dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM100 serta MAIPs sebanyak RM500.

“Kerajaan negeri sentiasa memastikan kedudukan para pegawai masjid di negeri ini adalah setara atau lebih baik berbanding negeri-negeri lain.

“Selain itu, mengenai cadangan menaikkan kadar elaun imam dan pegawai masjid, kajian perbandingan pembayaran elaun imam dan pegawai masjid telah dijalankan dengan mengambil contoh model negeri-negeri di zon utara,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Muhammad Azmir berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Saad Seman (PN-Chuping) berhubung jumlah kadar peningkatan elaun buat pegawai masjid terutamanya imam-imam bagi seluruh negeri ini.

Dalam perkembangan berlainan, Muhammad Azmir berkata, MAIPs juga telah memperuntukkan sumbangan 204 buah rumah dan 204 baik pulih kediaman bagi 102 kariah seluruh negeri ini dengan pencapaian terkini adalah sebanyak 339 buah rumah.

“MAIPs juga telah menyalurkan sumbangan kepada 102 kariah masjid untuk Agihan Baikpulih Mikro Kediaman yang mensasarkan bantuan sebanyak lima buah rumah dengan sasaran penuh penuh penerima sebanyak 510 buah rumah. Jumlah sasaran penuh penerima bantuan kediaman MAIPs ini adalah sebanyak 918 orang setahun,” katanya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top