Elliott wira Liverpool di Paris

Elliott wira Liverpool di Paris


HARVEY Elliott muncul wira Liverpool, juara enam kali Liga Juara-Juara, apabila jaringan minit ke-87 memastikan kemenangan dramatik 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pertama pusingan 16 di Parc des Princes, pada Khamis.

Pemain muda berusia 21 tahun itu, yang dimasukkan minit ke-86, menggantikan Mohamed Salah, mengambil masa 46 saat, menerusi satu sentuhan untuk jaringan tunggal memberikan kelebihan kepada The Reds menjelang aksi timbal balik di Anfield, Rabu depan.

Di Allianz Arena pula, juara enam kali, Bayern Munich tidak berdepan masalah untuk membenam seteru tempatan, Bayer Leverkusen 3-0 dalam derbi Munich.

Harry Kane muncul bintang dengan dua gol, termasuk satu sepakan penalti, manakala Jamal Musiala melengkapkan kemenangan bergaya Bayern.

Perlawanan bertambah dramatik apabila dicemari insiden kad merah ke atas pemain Leverkusen, Nordi Mukiele pada minit ke-62.

Di Estadio do Sport Lisboa e Benfica, juara lima kali Barcelona menewaskan Benfica 1-0 hasil jaringan Raphinha pada minit ke-61.

Barcelona terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Pau Cubarsí dilayangkan kad merah pada minit ke-22.



Source link

OR