Elly Mazlein Dedah Hilang Tawaran Kerja Lepas Berhijab

Elly Mazlein Dedah Hilang Tawaran Kerja Lepas Berhijab

Elly Mazlein Dedah Hilang Tawaran Kerja Lepas Berhijab


Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mengakui dia berdepan dugaan dalam kerjaya seninya selepas berhijrah dan tampil dengan imej berhijab.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram Elly mendedahkan dia hilang tawaran kerja termasuk urusan yang sudah pun melakukan perbincangan tiba-tiba turut menarik diri, namun dia percaya dengan rezeki Allah

BACA: Elly Mazlein Kini Berhijab, Hati Terdetik Tengok Jihad Perjuangan GSF

“Ada yang tanya macam-macam lepas berhijrah, bagaimana dengan tawaran kerja. Saya faham kenapa soalan ini ditanya, semua orang ada komitmen dalam hidup. Jadi kita perlu kerja.

“Memang betul selepas penghijrahan ini ada kontrak yang tiba-tiba ditamatkan (tida ada kena mengena dengan radio Era). Mana yang sudah ‘meeting’ tiba-tiba ada yang tarik diri.

“Macam-macam dugaan selepas berhijab tapi saya percaya rezeki dari Allah dan datang dalam pelbagai cara. Sebaga manusia biasa memang ada perasaan risau, tapi apa yang saya boleh kongsi tak perlu rasa takut sebab ada saja rezeki nanti,” katanya.

Sementara itu, Elly berkata dia percaya Allah akan gantikan rezeki tersebut dengan yang lain serta meminta untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan dia turut doakan buat semua.

“Hilang dua, tiga empat ‘job’, Insya-Allah, Allah akan ganti yang lebih indah dan lebih baik untuk kita. Kalau Allah kata itu rezeki kita, rezeki kita lah,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top