Baru-baru ini tular sebuah rakaman video di media sosial memaparkan seorang wanita yang didakwa pelakon Emma Maembong sedang menyapa peminat di sebuah kelab malam.
Nak sokong bakal suami

Sebelum video itu disahkan sendiri oleh Emma, kebanyakan media memilih untuk mengaburkan wajah aktres berkenaan berikutan identitinya masih belum disahkan ketika itu.
Individu yang dikaitkan rapat dengan Emma, DJ Kidd kemudiannya tampil memberi penjelasan bahawa kehadiran pelakon tersebut adalah bagi memberi sokongan kepadanya yang sedang bertugas sebagai deejay di kelab malam berkenaan.
Menerusi ruangan komen di Instagram sebuah portal hiburan, DJ Kidd tampil mempertahankan mengatakan Emma dan terbuka sekiranya wajah aktres terbabit tidak dikaburkan.

“Tak perlu kaburkan muka pun, biarlah dia nak sokong bakal suami dia ‘spin’. Nanti kalau saya jadi nelayan, saya bawa dia ke sungai pula,” komen DJ Kidd.
Artikel lain: Emma Maembong mengaku masuk kelab malam – “Tak perlu blur muka saya”

Difahamkan, DJ Kidd meninggalkan komen tersebut sebelum pengakuan dibuat oleh Emma menerusi perkongsian di Instastory.
Terdahulu, Emma menjelaskan kehadirannya ke kelab malam tersebut adalah bagi tujuan penggambaran video muzik selain mahu melihat DJ Kidd bekerja.





