Pelakon Emma Maembong terkilan apabila bekas kekasihnya, DJ Kidd memaklumkan mengenai perpisahan mereka secara terbuka.
Memetik mStar Online, Emma berkata dia sebolehnya mengelak dan tidak selesa berkongsikan hal peribadi kepada umum.
BACA: “Saya Tak Lagi Bersama Dia” – Dj Kidd, Emma Maembong Dah Berpisah?
“Kalau boleh saya memang nak mengelak dan tidak suka sangat nak berkongsi, tetapi memandangkan dia pun sudah buat kenyataan, jadi kita ikutlah.
“Adalah sedikit rasa terkilan (bila DJ Kidd keluarkan kenyataan itu), tapi nak buat macam mana kan? Kita tidak boleh kawal hati orang. Jadi, apabila perkara ini terjadi, saya pun kena reda dan terima sahaja,” katanya.
Sementara itu, Emma berkata meskipun cinta mereka sudah berakhir namun hubungan mereka baik sahaja serta tidak menolak seandainya bertemu jodoh kembali.
“Kami ada berhubung sebab bagi saya, hidup ini singkat sahaja. Saya pun tidak suka bermusuh atau marah-marah.
“Kalau ada jodoh balik, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana kan?” katanya.
Meskipun gagal dalam hubungan cinta, Emma berkata perkara itu tidak membuatkan dia rasa trauma kerana pengalaman dilalui menjadikan dirinya lebih matang.
“Semakin saya besar, semakin saya matang. Setiap orang yang dipertemukan dengan kita itu mesti bersebab.
“Nak trauma itu tak adalah dramatik sangat. Nak cakap trauma pun tak adalah, saya pun dah pernah berkahwin dan pernah gagal juga,” katanya.
Sumber: mStar Online





