'Emosi saya makin stabil'

'Emosi saya makin stabil'


Datuk Awie bersama Wings Motor Gang Society (WMGS), Rumah Produksi Merah dan Sayap Sayap Wings, baru-baru ini meluangkan masa menziarahi pelakon, Azlan Komeng di rumahnya di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor yang berdepan kesulitan selepas ditimpa musibah kemalangan jalan raya pada 12 Oktober lalu.

Awie berkata, dia sudah lama merancang untuk menziarah Azlan, namun kerap tertunda akibat kekangan masa dan jadual kerja yang padat.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan apa yang kami rancang. Ini adalah sebahagian daripada program CSR (tanggungjawab sosial dan korporat) yang dianjurkan oleh Sayap-Sayap Wings, Wings Motor Gang Society dan Rumah Produksi Merah”, katanya.

Awie bukan saja mengenali Azlan sebagai rakan dalam industri hiburan, mereka juga pernah bekerjasama dalam filem Rebel.

Dalam kejadian

kira-kira jam 2 pagi itu, kereta Perodua Kancil dinaiki Azlan atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran bersama isteri, Nur Nilam Ortiz dan anak mereka, Adam, 5, terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Azlan mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, siku tangan kanan, tulang pinggul kanan lari, kaki kiri luka dalam dan patah, manakala isterinya cedera di tulang rusuk, muka dan kepala akibat terhentak.

Akibat kecederaan itu, Azlan masih tidak mampu berjalan hingga hari ini selain kehidupan terjejas akibat tidak boleh bekerja.

Awie berkata, dia bersama WMGS, Rumah Produksi Merah dan Sayap-Sayap Wings sudah lama melakukan aktiviti kebajikan seperti ini tetapi dilakukan secara tertutup.

Selain melawat rakan artis, mereka juga sering melakukan ziarah di rumah-rumah anak yatim dan pusat tahfiz sebagai salah satu aktiviti amal kebajikan mereka.

“Aktiviti kebajikan kami sentiasa bergerak. Kita hulurkan sikit sumbangan ikhlas dan melihat keperluan lain yang mereka perlukan pada masa akan datang.

“Ini cara kami menjalankan kerja CSR. Selain dapat eratkan silaturahim, i

a juga dapat tingkatkan ekonomi penerima. Kami ambil konsep itu. Kami bukan minta nama, itu tidak ada. Wang bukanlah perkara utama tetapi nawaitu itu sendiri yang menjadi fokus utama kepada pasukan kami,” katanya.

Sementara itu, Azlan berasa terharu dan bersyukur dengan kehadiran mereka walaupun rumahnya terletak jauh dari Kuala Lumpur.

“Kedatangan Awie sedikit-sebanyak memberikan inspirasi dan semangat untuk saya terus sihat.

“Saya tak ada upaya untuk membalas kebaikan yang beliau bawakan hari ini. Tapi, Allah melihat semuanya dan Dia lebih mengetahui. Saya serahkan kepada takdir, tapi saya tetap berusaha. Kalau ada kerja, saya tetap nak buat selagi termampu,” katanya yang banyak melakonkan watak aksi.

Azlan berkata, emosinya juga semakin stabil dan berharap dalam bekerja semula.

“Walaupun saya tahu sukar untuk pulih 100 peratus, tetapi saya yakin dapat melakukannya. Insya-Allah,” katanya.

Selain itu, Azlan turut bersyukur dan berterima kasih kepada pelakon dan pengarah, Zul Huzaimi yang sudi memberikan tawaran lakonan yang bersesuaian dengan situasinya sekarang.

“Alhamdulillah dan terima kasih buat Zul yang sudi memberikan tawaran watak untuk saya. Insya-Allah saya akan berlakon mulai Februari tahun depan”, katanya.

Dalam pada itu, penaung Produksi Rumah Merah, Datuk Eddy Amir Salim juga senada dengan Awie ketika di tanya mengenai program CSR yang dilakukan pihaknya.

“Saya sentiasa menyokong penuh. Insya-Allah saya akan memberikan komitmen jitu terhadap program-program sebegini. Ini masa mereka, masa kita belum tahu lagi. Me

mang wajar jika saling bantu-membantu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top