Empat beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua di Ningbo

Empat beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua di Ningbo


BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan langkah kanan di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China pada Rabu.

Arif Junaidi-Roy King tidak berdepan masalah menewaskan wakil Singapura, Wesley Koh-Junsuke Kubo dalam perlawanan straight set.

Bagaimanapun kemenangan tidak hadir mudah apabila Arif Junaidi-Roy King diberikan tentangan sengit sebelum menang 21-17 set pertama.

Set kedua, Wesley-Junsuke berusaha kembali dalam permainan sebelum pengalaman memihak Arif Junaidi-Roy King untuk kemenangan 21-19 dalam masa 43 minit.

Beregu ranking ke-19 dunia itu akan berdepan dengan pilihan kedua, Liang Weiken-Wang Chang yang menyingkirkan cabaran wakil Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen, 21-12, 21-9 dalam masa 29 minit.

Sebelum itu, beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga mara selepas menewaskan wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Sze Fei-Nur Izzuddin pilihan pertama menjinakkan Hoki-Kobayashi, 21-18, 21-16 dalam masa 37 minit untuk mengesahkan slot berdepan gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree.

Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga mengesahkan kemaraan selepas menjinakkan wakil Hong Kong, Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi 21-14, 21-12 dalam masa 26 minit.

Wei Chong-Kai Wun yang juga pilihan kelapan akan berdepan wakil dari Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han di pusingan kedua.

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga mengaum awal sebagai pilihan keenam apabila tidak berdepan masalah menjinakkan beregu bukan pilihan dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

Aaron-Wooi Yik menang 21-18, 21-15 dalam masa 40 minit untuk berdepan wakil India, A Hariharan-R Ruban Kumar di pusingan kedua.

INFO

BAC 2025

Pusingan Pertama

1. Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

2. Aaron Chia-Soh Wooi Yik

3. Man Wei Chong-Tee Kai Wun

4. Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King



Source link

OR

Scroll to Top