Empat Bulan Selepas Kehilangan Bapa, Ziana Zain & Anuar Zain Kehilangan Ibu Tercinta

Empat Bulan Selepas Kehilangan Bapa, Ziana Zain & Anuar Zain Kehilangan Ibu Tercinta

Empat Bulan Selepas Kehilangan Bapa, Ziana Zain & Anuar Zain Kehilangan Ibu Tercinta


Selepas lebih empat bulan diuji dengan kehilangan bapa tercinta, penyanyi terkenal Ziana Zain sekali lagi menerima khabar duka apabila ibunya, Allahyarham Robiah Abdul disahkan meninggal dunia.

Ziana memaklumkan ibunya yang berusia 74 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Klang, Selangor, sekitar jam 10.40 malam tadi.

“Buat masa ini jenazah masih berada di Hospital Klang dan kami sekeluarga sedang menunggu urusan seterusnya diselesaikan.

“Emak menghidap kanser hati yang kemudian merebak ke usus serta buah pinggang. Secara ringkasnya, kanser itu sudah menyerang hampir keseluruhan organ dalaman.

“Insya-Allah jenazah akan dikebumikan pagi ini (Khamis), kira-kira jam 10 pagi di masjid,” katanya memetik laporan Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ziana, Anuar Zain Meninggal Dunia

Terdahulu, pada 26 Ogos lalu, Ziana kehilangan bapanya yang juga bapa kepada penyanyi Anuar Zain, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah yang meninggal dunia pada usia 87 tahun.



Source link

OR

Scroll to Top