Empat negeri sambut Krismas dengan hujan, ribut petir

Empat negeri sambut Krismas dengan hujan, ribut petir


PETALING JAYA: Sebanyak empat negeri dijangka akan mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Hari Krismas hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, empat negeri tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, katanya, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.

“Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam,” katanya dalam kenyataan semalam

Dalam pada itu, MetMalaysia mengingatkan orang ramai merancang perjalanan dan aktiviti dengan menyemak ramalan cuaca.

 





Source link

OR

Scroll to Top