TEHRAN – Hezbollah menyasarkan empat penempatan Israel dengan serangan roket pada awal pagi Khamis.
Dalam satu kenyataan, gerakan itu berkata, ia menyasarkan penempatan Kiryat Shmona, Hatzor HaGlilit, Kedem Tsvi, dan Yesod HaMa’al.
Operasi itu berlaku beberapa hari selepas ia memberi amaran kepada penghuni 25 penempatan zionis di wilayah yang diduduki supaya mengosongkan tempat tersebut.
Sementara itu, siren roket dibunyikan di Nahariya, Kfar Giladi, Al-Metula, Kfar Yuval, dan penempatan zionis lain di utara Palestin yang diduduki.
Media Israel juga mengesahkan sebuah dron menyusup masuk ke kawasan utara Palestin yang diduduki tanpa memberikan butiran mengenai arah dari mana ia dilancarkan.
Dalam perkembangan lain, media melaporkan, beribu-ribu talian telefon bimbit di wilayah yang diduduki telah terganggu atas sebab yang tidak diketahui.
Beberapa media menyiarkan imej serangan dron ke atas Nahariya, yang memusnahkan sasaran, mungkin pusat telekomunikasi atau stesen penghantaran telefon bimbit. – Agensi