Terdahulu, ketika mengambil keputusan untuk tampil berniqab dan berpurdah, penghijrahan bekas pengacara Meletop, Hajah Noor Neelofa Mohd Noor menjadi bualan, sekaligus mengejutkan orang ramai!
Namun, siapa sangka penghijrahan yang sudah menjangkau tahun keempat ini telah membuatkan ramai wanita menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi dan role-model untuk menutup aurat dan yakin untuk berubah ke arah lebih baik.
Bagaimanapun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, Neelofa akui untuk konsisten dan istiqamah dalam penghijrahan bukanlah satu perkara mudah baginya.
Cara Nak Kekal Istiqamah, Kena Paksa Diri
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Justeru, sewaktu menghadiri program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, Neelofa telah berkongsi tip kekal istiqamah kepada para peminatnya yang mahu berubah kearah lebih baik.
Antara pendekatan yang dilakukan ibu kepada Muhamad Bilal, untuk kekal istiqamah adalah dengan ‘berubah secara paksaan’. Menurut Neelofa, teknik ini adalah yang termudah untuk diamalkan.
“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah? Mulakan dengan paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.
Artikel berkaitan: Neelofa Mahu Hijabi ‘Buka Mata’, Pentingnya Fahami ‘Konsep’ Ini Jika Mahu Gapai Kejayaan Dunia Akhirat!
“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati. Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!
“Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.
“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali, sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung,” katanya.
Sokongan Dari Keluarga dan ‘Circle’ Terdekat Penting!
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Selain itu, Neelofa menegaskan, sokongan keluarga dan orang sekeliling yang rapat dengan kita juga memainkan peranan yang penting baginya untuk kekal istiqamah.
“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.
“Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan,” katanya.
Artikel berkaitan: Banyak ‘Impian’ Neelofa Jadi Kenyataan, Sejak Dekatkan Diri Pada Allah! Cuma Satu Yang Belum Tercapai..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Download seeNI sekarang!
Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Allahuakbar…begitu sayu sekali kerana Ramadan akan ‘pergi’ meninggalkan kita.
Peluang yang masih tersisa ini gunakanlah sebaik mungkin. Burulah Lailatul Qadar. Lajukan ‘pecutan’ untuk mengejar pahala.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Dr Norhafizah Musa ini, terasa begitu sayu sekali dan menyentuh jiwa.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DR NORHAFIZAH MUSA. *…… MENANGISLAH…….* Menangislah….menangislah
Di hujung Ramadan ini….
Tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati…. Menangislah…….
Tangisan melembutkan hati yang keras….. Menangislah…..
Untuk hati yang belum bisa memaafkan…… Menangislah…..
Untuk hati yang belum redho…. Menangislah…..
Untuk hati yang belum bersyukur
Menangislah….
Hati yang masih lupa tujuan hidup…. Menangislah…
Hati yang sibuk dengan dunia….
Juga untuk hati yang dikecewakan manusia….
Mudah-mudahan jadi kaffarah yang sempurna….. Menangislah……
Untuk hati yang tidak pandai menyayangi dan menghargai ……. Menangislah…..
Mudah-mudahan dengan tangisan itu mata hati lebih jernih……. Menangislah
Untuk ramadhan yang telah disia-siakan…… Menangislah….
Mana tangisanmu untuk kematian yang semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis……. Menangislah…….
Untuk setiap tangisan yang tidak ada makna hanya kerana makhluk ……. Menangislah….
Untuk matamu yang kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ya Allah berapa banyak tangisan yang akan menyelamatkan……
Dari jurang hina dan binasa…
Ya Rabb….
Kurniakan kami airmata yang Engkau redhoi…. Bersyukurlah……
Andai saat ini Allah datangkan jalan untuk menangis kerana kasihNYA kepada kita…….
Renung-renungkan.
Sumber kredit: Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Download seeNI sekarang!
Kecantikan semulajadi adalah dambaan setiap wanita. Untuk mencapai kulit yang sihat dan glowing. Salah satu rahsia kecantikan semulajadi yang telah digunakan berabad lamanya adalah dengan memanfaatkan teh hijau.
Masih ramai yang tidak tahu, selain enak di minum dan membantu penurunan berat badan, teh hijau juga merupakan salah satu penyelesaian secara semulajadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.
Ini kerana teh hijau memiliki kandungan nutrisi yang bermanfaat pada kulit wajah. Nak tau apakah manfaat dan kebaikan teh hijau? Di sini Hijabista telah senaraikanya! Jom semak.
1. Tinggi Antioksida, Melambatkan Proses Penuaan!
Teh hijau kaya dengan antioksida terutamanya polifenol, yang membantu melindungi kulit dari terancam dengan masalah kulit. Antioksida juga membantu mengurangkan kedutan, garis halus, dan tanda-tanda penuaan.
Sekiranya anda mengamalkan minum teh hijau secara konsisten, secara tidak langsung hijabi akan memberikan perlindungan secara semulajadi terhadap kulit dan menjaga keanjalan serta kelembapan kulit. Malah, pertumbuhan jerawat dapat dicegah dengan menggunakan teh hijau
2. Melegakan Radang Kulit
Artikel berkaitan: Betulke Teh Hijau Boleh Kuruskan Badan, Mitos Atau Fakta?
Selain itu, teh hijau memiliki sifat anti-inflamasi yang membantu mengurangkan masalah radang kulit akibat jangkitan bakteria yang menjadi punca jerawat.
Kandungan antioksidan dalam teh hijau juga membantu membersihkan pori-pori, mengurangkan kulit dari mengeluarkan minyak berlebihan, dan mengatasi jerawat.
Sekiranya hijabi mengamalkan minum teh hijau secara teratur, ia dapat membantu menjaga kulit sekaligus membuatkan impian mendapat kulit bebas jerawat, lebih bersih dan cerah menjadi kenyataan.
3. Memberikan Perlindungan Dari Sinar Matahari
Lebih menarik lagi, Teh hijau mengandungi bahan yang dapat membantu melindungi kerosakkan kulit akibat terdedah kepada sinar matahari (Ultra Violet) yang berlebihan.
Walaupun tidak dapat melindungi secara menyeluruh seperti menggunakan krim pelindung matahari (Sunscreen) tetapi dengan meminum teh hijau anda dapat memberikan perlindungan tambahan kepada kulit dari dalam dan membantu menjaga kulit agar tetap sihat.
Itulah tiga manfaat dari teh hijau untuk kesihatan kulit wajah. Semoga penjelasan diatas dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh hijabi yang mendambakan kecantikan secara semulajadi!
Artikel berkaitan: Rupanya Ini Sebab Teh Hijau Digunakan Dalam Rutin Kecantikan, Kaya Pelbagai Khasiat. Cukup Dengan 4 Cara Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Kisah remaja Palestin yang ditembak sehingga maut oleh tentera Israel pada Selasa lepas masih menjadi bualan. Serbuan mengejut itu dilakukan di kem pelarian al-Dheisha, selata bandar Bethlehem di Tebing Barang.
Lebih menyayat hati lagi, remaja itu juga sempat menukilkan sebuah wasiat pada sehelai kertas sebelum dia dijemput Allah SWT. Wasiat itu juga telah dimuat naik oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri.
Artikel berkaitan: Lantang Membela Nasib Palestin, Bella Hadid Dakwa Postingnya Ditapis Instagram
“Allah SWT telah merealisasikan satu impianku…” – Adam Ayyad
Menurut laporan HAARETZ, remaja itu telah cedera di dadanya akibat tembakan dari tentera Israel. Dia telah disahkan meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran.
Pemilik akaun Facebook, Nadir Al-Nuri, membuat hantaran itu dengan ucapan ringkas tanda hormat pemergian Adam Ayyad. Dia juga telah menterjemahkan wasiat yang ditulis oleh remaja itu dalam hantarannya pada Rabu lepas.
“Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah berikan aku keteguhan, sama ada menang atau syahid,
“Aku mengimpikan banyak benda tetapi aku tahu di bumi ini, di negaraku ini mustahil ia akan terrealisasi. Tetapi aku sangat gembira kerana Allah merealisasikan impian daripada banyak-banyak impianku iaitu untuk aku mati syahid,
“Aku mengingatkan kepada kalian, syahid bukan hanya kematian. Syahid itu kebanggaan untuk dirimu dan untuk seluruh alam, memang nyawamu terputus tetapi ia terputus dalam keadaan engkau gembira,
“Aku tidak mahu mengatakan selamat tinggal, tetapi aku mengatakan, kita akan bertemu lagi di syurga.” antara apa yang ditulis Adam Ayyad dalam helaian kertas itu.
“We hope that our homeland will be free and that we can return to our lands.” Here’s a previous video of 15-year-old Palestinian boy Adam Ayyad, who was shot dead today by Israeli gunfire.
Adam dreamed of a better future, but his dream under Israeli occupation never came true. pic.twitter.com/QLXmCMRkZQ
— Al-Jarmaq News (@Aljarmaqnetnews) January 3, 2023
Pada malam Isnin, tentera Israel telah pun melancarkan serangan di bandar Nablus, Tebing Barat dan kawasan kejiranan Baitulmaqdis di Timur Kafr ‘Aqab. Dua lagi warga Palestin antaranya berumur 17 tahun dan 22 tahun telah mati ditembak tentera rejim Israel semasa pertempuran di Tebing Barat.
Artikel berkaitan: Lalui Detik Cemas Saat Berdepan Dengan Tentera Israel, Izwan Azir Saleh Imbau Kisah 10 Tahun Lalu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!