Empat Tahun Menyepi, Azar Azmi Kembali Dengan Luahan Pilu Tentang Detik Terakhir ‘Abah’

Empat Tahun Menyepi, Azar Azmi Kembali Dengan Luahan Pilu Tentang Detik Terakhir ‘Abah’


Selepas hampir empat tahun menyepi daripada media sosial, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil kembali dengan satu luahan menyayat hati mengenai pemergian bapanya, Allahyarham Mohd Sapri Aziz.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Azar merakamkan penghargaan kepada individu yang tampil membantu bapanya ketika kejadian, walaupun mereka tidak saling mengenali.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu abah. Kami minta maaf kerana tak mampu membalas jasa baik kalian. Hanya Allah yang mampu membalas semuanya,” tulisnya.

Azar turut menjelaskan, kejadian itu bukan berpunca daripada kecuaian atau masalah kenderaan, sebaliknya disebabkan faktor kesihatan serius.

“Benda jadi masa abah tengah bawa kereta. Bukan sebab laju, bukan mengantuk dan kereta pun tiada masalah. 3rd degree complete heart block menyebabkan semua damage,” katanya.

Dalam nada penuh reda, Azar menyifatkan bapanya sebagai seorang insan penyayang dan disegani keluarga.

“Tak akan ada lagi abah yang sama. Tak akan ada lagi ‘abah nak datang’. Abah dah boleh rehat, dah boleh tidur lena,” luahnya.

Azar turut memohon orang ramai menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah bapanya.

Untuk rekod, Azar kini bergelar yatim piatu selepas kehilangan ibunya pada 2015 dan bapanya pada 2017.

Artikel Berkaitan: Anak Saudara Tepis Dakwaan Azar Azmi Dah Berkahwin, Mahu ‘Resign’ Jadi Pelakon? – “Hidup Sangat Privasi, Ahli Keluarga Tak Tahu Dia Buat Apa”



Source link

OR

Scroll to Top