EMPAT pemain skuad bola sepak remaja wanita Bawah 19 (B-19) tahun dipanggil memperkuatkan cabaran pasukan B-15 dalam Kejohanan Emerging Matildas 2025 di Valentine Sports Park, Glenwood, Sydney, Australia.
Mereka yang memperkuatkan cabaran skuad bimbingan Leila Chua berkenaan adalah tiga pemain tengah, Nur Qistina Fais, Nina Hasmaji, Awadah Awfiyah serta pemain pertahanan, Ummairah Soberi.
Nur Qistina, Nina, Awadah serta Ummairah sebelum ini memperkuatkan cabaran Malayan Tigress B-19 kendalian Cameron Ng dalam Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2025 di Ho Chi Minh, Vietnam pada 9 hingga 13 Jun lalu.
Sebagai rekod, 18 pemain dipanggil bagi menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi kejuaraan berkenaan sebelum berlepas ke Sydney, Australia pada Ahad ini.
Edisi Kejohanan Emerging Matildas 2025, menyaksikan skuad B-15 negara yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen dengan berdepan New South Wales Navy jam 9 pagi, diikuti Victoria White jam 4.30 petang pada 15 Julai.
Pada Rabu, Malayan Tigress akan berdepan Northern Territory pada jam 11 pagi diikuti Queensland Maroon jam 12.30 tengah hari, Khamis.
Sebagai rekod, 18 pemain dipanggil bagi menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi kejuaraan berkenaan sebelum berlepas ke Sydney, Australia pada Ahad ini.
Senarai 18 pemain Malayan Tigress B-15 ke Kejohanan Emerging Matildas 2025
1.Nurul Afrina Mohd Shahril, 14, SMK Seksyen Sebelas, Selangor
2.Nur Qistina Mohd Fais, 15, SMK Seksyen Sebelas, Selangor
3.Chelsea Leona Julius, 15, Sekolah Sukan Malaysia Sabah
4.Nina Hasmaji, 15, Sekolah Sukan Malaysia Sabah
5.Nur Awadah Awfiyah Zaini, 15, SMK Bukit Rambai, Melaka
6.Nur Aliya Ellys’sha Ahmad Nazuri, 15, SMK Bukit Rambai, Melaka
7.Nour Rashidah Adr Ermanty Haniff, 16, SMK Islam Masjid Darul Ehsan, Selangor
8.Nur Ummairah Muhamad Soberi, 16, SMK (P) Sri Mutiara, Pulau Pinang
9.Putri Aina Husna Mohd Subri, 14, SMK Air Kuning, Perak
10.Keisha Adeliena Muhammad Khalid, 14, SMK Convent, Selangor
11.Az Zahra Azhar, 15, SMK Jalan Tiga, Selangor
12.Nur Dania Batrisya Muhamad Hamali, 15, SMK Malim Nawar, Perak
13.Iris Damya Sharizan, 14, SMK Pekula Jaya, Kedah
14.Putri Mia Alysa Ahmad Zakiyamani, 14, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Pahang
15.Harrienianeeka Indran, 16, Selangor FC
16.Dishanna Nagarajan Pillay, 15, Vancouver, Canada
17.Nur Damia Hamdan, 1, Sekolah Sukan Malaysia Pahang
18.Ayra Maya Aryan Kuma, 14, KL Havana
Lima pemain dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai 18 sebelum ini
1.Nur Aina Batriesya Mahathir, 16, Sekolah Sukan Malaysia Pahang
2.Qaseh Damia Irdina Mohd Fauzi, 14, SMK Ayer Keroh, Melaka
3.Nur Laila Syamila A Rahim, 15, SMK Seksyen Sebelas, Selangor
4.Nur Shadrina Ahmad Johari, 15, SMK Dato’ Ahmad Razali, Selangor
5.Qaseh Rania Khairul Najib, 15, SMK Puchong Utama (1), Selangor