Enam pasukan bersaing meriahkan Pickleball Celebrity Slam 2025

Enam pasukan bersaing meriahkan Pickleball Celebrity Slam 2025

Enam pasukan bersaing meriahkan Pickleball Celebrity Slam 2025


SEBANYAK enam pasukan bakal mewarnai saingan Pickleball Celebrity Slam 2025 yang berlangsung di 9Pickle, Setia Alam, Selangor pada 6 dan 7 Disember ini.

Acara sulung yang menggabungkan elemen sukan dan hiburan ini bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena (Saluran 801) serta melalui Astro GO dan sooka.

Keenam-enam pasukan akan bertanding dalam empat kategori utama iaitu Beregu Lelaki, Beregu Campuran, Beregu Terbuka dan Perseorangan dengan penyertaan figura ternama sebagai pemilik pasukan.

Pemilik pasukan terdiri daripada penghibur versatil, Datuk AC Mizal; bekas pemain badminton negara, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon; pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azim; pengasas SVG Worldwide, Ashraf Anuar; serta pengasas Panas Express, Vincent Siow.

Saingan turut diserikan kehadiran selebriti dan bekas atlet terkenal termasuk Adlin Aman Ramlie, Sharif Zero, Datuk Minarwan Nawawi dan juara dunia badminton, Koo Kien Kiat yang dijangka menambah keterujaan penonton dengan personaliti serta gaya permainan tersendiri.

Ketua Sukan Astro, Nicholas John berkata, peningkatan minat terhadap pickleball seiring siaran langsung PPA Tour Asia 2025 termasuk Panas Kuala Lumpur Open dan Panas Malaysia Cup yang menampilkan pemain antarabangsa.

“Perkembangan ini menunjukkan dengan jelas bahawa pickleball memiliki potensi besar untuk berkembang sebagai sukan kompetitif, selain menjadi pilihan gaya hidup sihat.

“Malah, saya percaya Celebrity Slam mampu membuka jalan ke arah pembentukan liga profesional pickleball pada masa depan,” kata Nicholas.

Sementara itu, pengasas Panas Express, Vincent Siow pula menyifatkan kejayaan penganjuran PPA Tour Asia 2025 sebagai bukti Malaysia boleh muncul sebagai hab pickleball serantau.

Melalui kerjasama strategik bersama Astro, beliau yakin Celebrity Slam mampu memperkukuh ekosistem sukan itu dan menarik minat lebih ramai peminat baharu melalui pendekatan hiburan serta penglibatan selebriti.

Acara selama dua hari itu menjanjikan perlawanan kompetitif, suasana meriah dan peluang interaksi eksklusif antara peminat serta selebriti.

Tiket boleh didapati di ticket2u.com.my, manakala aksi penuh boleh diikuti secara langsung di Astro Arena, Astro GO dan sooka.

Ringkasan AI

  • Enam pasukan akan bertanding dalam Pickleball Celebrity Slam 2025 yang berlangsung di Setia Alam, Selangor
  • Acara ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena dan melalui Astro GO serta sooka
  • Terdapat empat kategori utama pertandingan dengan penyertaan figura ternama sebagai pemilik pasukan
  • Pemilik pasukan termasuklah penghibur Datuk AC Mizal dan bekas atlet badminton Tan Boon Heong serta Chan Peng Soon
  • Kejayaan penganjuran PPA Tour Asia 2025 menunjukkan potensi pickleball sebagai sukan kompetitif dan gaya hidup sihat



Source link

OR

Scroll to Top