Enggan hantar anak ke hospital, murid tahun enam maut selepas 8 jam kemalangan motosikal

Enggan hantar anak ke hospital, murid tahun enam maut selepas 8 jam kemalangan motosikal


am@hmetro.com.my

Kluang: Murid Tahun Enam menemui ajal selepas lapan jam terbabit nahas di Jalan Get dekat Paloh, di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Harith Isyraf Yuzaini, 12, dilaporkan meninggal dunia jam 9 malam, ketika sedang berehat di rumahnya di Johor Bahru akibat kecederaan di perut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu diketahui selepas bapanya membuat laporan polis petang tadi.

Beliau berkata, dalam laporan itu, bapa mangsa memaklumkan anaknya menunggang motosikal terbabit kemalangan ketika ingin ke kedai.

“Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarga bertandang ke rumah bapa saudara di Jalan Tengah, Paloh untuk ziarah kematian.

“Sebaik tiba di lokasi motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan.

“Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang dan Gelang Patah.

“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya dibawa pulang oleh ke rumahnya.” katanya.

Bahrin berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top