Enggan Terlibat Riba, Usia 36 Tahun Farah Lee Belum Ada Rumah Sendiri

Enggan Terlibat Riba, Usia 36 Tahun Farah Lee Belum Ada Rumah Sendiri


Aktivis dan pempengaruhi media sosial, Farah Lee berkongsikan mengenai pandangan peribadinya berkenaan menyewa atau membeli rumah.

Menerusi satu komen di Threads, Farah berkata ramai yang akan berkata rugi jika tidak membeli rumah di usia muda namun jika terpaksa membuat pinjaman bermakna sudah terlibat dengan riba.

BACA: Belum Sampai Malaysia, Farah Lee Minta Izin Nak Sertai Misi Lagi

“Sewa, selagi mana belum membat keputusan untuk menetap di mana dan cukup cash. Ramai orang akan cakap rugi tak beli rumah muda-muda tapi kalau sampai terpaksa buat pinjaman, kita dah terlibat dengan riba, lagi rugi dekat akhirat nanti,” katanya.

Sementara itu, Fara mengakui di usia 36 tahun dia masih belum mempunyai rumah sendiri dan sedang berusaha untuk melangsaikan pinjaman kereta agar kehidupannya bebas riba.

“Sekian nasihat seorang akak yang umur 36 masih belum ada rumah sendiri dan sedang kerja keras untuk langsaikan pinjaman kereta untuk elak hidup dalam riba. Moga sentiasa ada barakah dalam rezeki yang halal walaupun sekadar cukup makan,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top