Enjin pesawat penumpang Rusia terbakar ketika mendarat

Enjin pesawat penumpang Rusia terbakar ketika mendarat

Enjin pesawat penumpang Rusia terbakar ketika mendarat


Moscow: Lebih 90 penumpang dan anak kapal dipindahkan daripada pesawat Rusia pada Ahad selepas salah satu enjinnya terbakar ketika ia mendarat di lapangan terbang di selatan Turkiye, lapor kementerian pengangkutan.

Insiden itu membabitkan pesawat Sukhoi Superjet 100 (SU95) yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Azimuth Rusia.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat itu baru mendarat di lapangan terbang Antalya ketika kebakaran berlaku di salah satu enjinnya.

“Sebuah pesawat Azimuth Airlines jenis SU95 dengan nombor pendaftaran RA89085 yang dalam perjalanan dari lapangan terbang Sochi di Rusia ke lapangan terbang Antalya mengalami kebakaran enjin ketika mendarat.

“Seramai 89 penumpang dan enam anak kapal selamat dipindahkan pada 9.43 malam dan tiada kecederaan,” katanya.

Semua pendaratan yang dijadualkan di lapangan terbang akan dibatalkan sehingga 3 pagi.

Pesawat lain yang menunggu untuk berlepas akan menggunakan landasan tentera lapangan terbang untuk berlepas.

Seorang pegawai lapangan terbang memberitahu agensi berita negara Agensi Anadolou bahawa kebakaran menjejaskan enjin kiri pesawat tetapi dipadamkan dengan cepat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top