BERKUMPUL dan berbuka puasa bersama ahli keluarga atau teman rapat sememangnya menjadi aktiviti yang wajib dilakukan setiap kali menjelangnya Ramadan.
Selain daripada membeli makanan di bazar, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di pelbagai hotel dan restoran turut menjadi pilihan apabila berbuka puasa dan meluangkan masa bersama yang tersayang.
Bagi memudahkan mereka yang ingin meluangkan masa bersama Ramadan ini, rangkaian hotel terkemuka, Hilton Hotels hadir dengan pilihan sajian bufet dengan tema ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’.
Pelbagai sajian eksklusif
Sepanjang Ramadan ini, pelbagai pilihan bufet dan hidangan eksklusif disediakan bagi memenuhi selera semua di pelbagai rangkaian Hilton Hotels seperti:
1. Hilton Kuala Lumpur
Restoran Vasco’s Hilton Kuala Lumpur menawarkan bufet dengan menu seperti ‘Lambassador’ Smoked Paprika Beef Shank dan Australian Lamb Meatball Rendang Hijau, aneka hidangan makanan laut segar dan sashimi serta manisan berasaskan durian Musang King.
Sajian bufet ini tersedia pada harga bermula RM238 bagi dewasa dan RM119 bagi kanak-kanak.
Tempahan boleh dibuat melalui talian +603 2264 2264 atau emel ke Hiltonkualalumpur_FB@hilton.com.
2. Hilton Petaling Jaya
Restoran Paya Serai di Hilton Petaling Jaya pula menampilkan sajian enak termasuk Braised Ribs dengan sos buah, daging tenderloin disaluti rendang cendawan serta kambing kabsah panggang pada harga bermula RM158 hingga RM218 bagi dewasa bergantung kepada tarikh yang dipilih.
Untuk tempahan, hubungi +603 7955 9122, WhatsApp +6016 216 0414 atau emel ke PETHI_FB@hilton.com.
3. Hilton Kuching
Anda yang berada di sekitar Kuching juga kini boleh menikmati sajian Ramadan eksklusif daripada Hilton di River View Cafe dan Grand Ballroom Hilton Kuching.
Restoran ini menawarkan hidangan fusion seperti Kambing Goyang, Steamed Baked NZ Whole Lamb ‘Kerutuk’ Spiced serta Daging Salai Masak Lemak Cili Api.
Harga bagi hidangan bufet di River View Cafe bermula dari RM488 bagi dewasa, manakala Grand Ballroom pada harga bermula RM138 seorang.
Untuk membuat tempahan, hubungi +608 2223 888 atau emel ke KUCHI_FB@Hilton.com.
4. Hilton Kota Kinabalu
Bagi anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu pula, Urban Kitchen di Hilton Kota Kinabalu ada menawarkan pelbagai juadah Nusantara, Timur Tengah dan hidangan panggang istimewa pada harga bermula RM188 bagi dewasa dan harga bermula RM88 bagi kanak-kanak.
Untuk tempahan, hubungi talian +608 8356 000 atau emel ke HiltonKotaKinabalu_FB@hilton.com.
Bufet DoubleTree by Hilton
Rangkaian DoubleTree by Hilton seluruh Malaysia turut tidak ketinggalan menawarkan pelbagai pilihan sajian bufet Ramadan termasuklah:
- DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Menyajikan hidangan seperti Marinated Whole Lamb, Kari Udang Mamak, serta manisan Teh Tarik Mousse pada harga bermula dari RM151 hingga RM229 bergantung kepada hari yang dipilih.
Tempahan boleh dibuat melalui talian +603 2172 7272 atau +6012 290 4551, atau emel ke KULDT_FBReservations@hilton.com.
- DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside pula menawarkan sajian bufet di Makan Kitchen dan Temenggor, dengan hidangan seperti Tom Yam Marinated Prawns dan Sup Gearbox Meletup pada harga bermula RM128 hingga RM188 bagi dewasa.
Untuk tempahan, hubungi +603 8890 0000 atau emel ke KULPR_FB@hilton.com.
- DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Sementara itu, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menampilkan menu seperti Kerabu Ketam Bunga, Kambing Kerutup Ibu-Ibu, serta Rock Lobster Otak-Otak yang mengangkat tema ‘Kampung Nostalgia’ pada harga RM198 bagi dewasa dan RM99 bagi kanak-kanak.
Tempahan boleh dibuat melalui talian +603 5650 0200 atau emel ke SZBSA_FB@Hilton.com.
- DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort dengan tema ‘The Essence of Perak’ pula menyajikan Rendang Tok Short Rib Salai dan Briyani Kambing dengan harga RM98 hingga RM118 bagi dewasa.
Tempah sekarang melalui talian +60 5684 3333 atau emel ke IPHDL_FB@Hilton.com.
- DoubleTree by Hilton Johor Bahru
DoubleTree by Hilton Johor Bahru pula menawarkan hidangan seperti Nasi Briyani Gam dengan Arnab Bakar Madu dan Wagyu Rump dengan Honey Kerutuk Gravy pada harga bermula RM218 hingga RM238 bagi dewasa.
Buat tempahan melalui talian +607 268 6868, Whatsapp +6016 771 1863 atau emel ke JohorBahru.FB@hilton.com.
- DoubleTree by Hilton Melaka
Di DoubleTree by Hilton Melaka, tetamu boleh menikmati hidangan seperti Nasi Lemuni Solok Lada Salmon, Ayam Bali, Beef Cheek Assam Pedas dan Durian Fritters pada harga RM158 bagi dewasa.
Untuk tempahan, hubungi +606 222 3333 atau emel ke MKZMM_FB@hilton.com.
- DoubleTree Resort by Hilton Penang
DoubleTree Resort by Hilton Penang pula menyediakan bufet khas hujung minggu dengan menu seperti Daging Pesamah Utara bersama Pulut Kuning, Kambing Golek Kabsah dan Mee Goreng Lambak dengan harga RM138 bagi dewasa.
Hubungi talian +604 892 8000, WhatsApp +6012 381 7586 atau emel ke PENMB_FBS@hilton.com untuk sebarang tempahan.
- Hilton Garden Inn Puchong
Sementara itu, Hilton Garden Inn Puchong menawarkan menu istimewa termasuk Assam Pedas Ekor Sapi, Gulai Ikan Talang dan Otak-Otak Daun Nipah pada harga bermula RM128 bagi dewasa.
Untuk sebarang tempahan, hubungi talian +603 8084 1299, WhatsApp: +6012 612 9947 atau emel ke KULPU_FB@hilton.com.
Tempah hari ini
Sajian bufet di rangkaian Hilton Hotels ini akan berlangsung sepanjang Mac 2025 dengan tarikh berbeza mengikut lokasi.
Lebih menarik, ahli Hilton Honors yang membuat tempahan awal akan berpeluang menikmati potongan harga sehingga 25 peratus bermula 1 hingga 30 Mac 2025.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan enak di Hilton Hotels sambil merapatkan hubungan di bulan yang penuh keberkatan ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi hotel Hilton terdekat atau layari EatDrinkHilton sekarang.
© New Straits Times Press (M) Bhd