“Kita Tidak Mungkin Bisa Menjadi Sempurna, Namun Cubalah Jadi Yang Lebih Baik”- Ernie Zakri Kongsi Pendapat Tentang Isu Tampil Sempurna Di Laman Sosial!
Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu. Ada yang menjadikannya sebagai tiket akses untuk menambah kenalan, memajukan perniagaan, mengaut keuntungan dan tidak kurang juga, ada yang menjadikannya sebagai sebuah tempat untuk bercerita, berceloteh dan bergosip.
Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain. Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Mengulas lanjut mengenai isu ini, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
SEMPURNA DI LAMAN SOSIAL PERSPEKTIF ERNIE ZAKRI
Penyanyi yang baru sahaja melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Nur Khawla Soleha, menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah. Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
Artikel berkaitan: Pernah Lalui Fasa ‘Down’ Hilang Keyakinan Diri? Ernie Zakri Kongsi Cara Hijabi Bebas Dari Masalah Kulit ‘Breakout Kronik’
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling. Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Oleh itu, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya. Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri
Artikel berkaitan: Meski Mustahil Untuk Sempurna, Ernie Zakri Sarankan Hijabi Tak Putus Asa! Berusaha Jadi Lebih Baik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Bila tiba saat kehilangan orang yang tercinta, alangkah beratnya hati ini dan tidak dapat kita bayangkan pilu rasanya. Begitulah yang di kongsikan oleh seorang lelaki ini apabila memakan masakan terakhir arwah ibunya.
Ujian besar buat seorang anak…
Tular baru-baru ini perkongsian dari seorang lelaki di TikTok yang menunjukkan dia sedang makan masakan arwah ibunya. Dengan penceritaan melalui teks, lelaki itu juga kelihatan sayu sambil menghisap daun yang ada dalam masakan itu.
Menurutnya pemilik akaun @1milion.story, pemergian ibunya itu merupakan satu berita sangat mengejutkan buat dirinya. Jadi itu merupakan masakan terakhir arwah ibunya yang boleh dia nikmati.
@1million.storybukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…♬ Rela – Shanna Shannon
Katanya lagi, arwah ibunya seolah-olah tahu dan banyak menyimpan masakan lebihan di dalam peti seju beku. Persiapan yang cukup tidak sangka buat dirinya dan masa yang terlalu singkat.
Artikel berkaitan: Terima Skrol Diploma Arwah Anak, Datuk Nora Ariffin Percaya Ini Menjadi Pembakar Semangat
“Air tangan terakhir mama sebelum dijemput Ilahi, aku hisap sisa daun ini tinggal kenangan terakhir,”
“Maafkan adik mama, adik tak sempat mintak ampun detik akhir sedar-sedar mama dah tak bernyawa. Sampai hari ini hati adik masih pilu.” tulisnya lagi.
Namun, setiap apa yang dia katakan itu bukanlah satu tanda dia tidak reda dengan pemergian ibunya. Cuma lelaki tersebut agak terkilan dan masih dalam fasa terkejut dan rindu dengan pemergian yang tiba-tiba.
Pergi dalam dakapan…
Pemilik akaun @1milion.story itu juga menjelaskan pemergian ibunya itu ketika 16 November 2022 yang lalu. Arwah ibunya dijemput Allah SWT saat selesai solat Dhuha dalam pangkuan ribanya.
@1million.storydah nak masuk 3 minggu sang anak belum dapat tahan air mata kerinduan. semoga kita dapat bertemu di syurga…♬ Kehilangan – Addylatif
“Now I know why you always told me to be strong. You knew that one day I would need the strength to bear your loss.” titipnya dalam pautan video itu.
Ramai yang turut berkongsi nasib
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang senasib bersama lelaki tersebut. Ada juga yang turut menyimpan masakan terakhir arwah ibu mereka bahkan menjadi satu ubat rindu buat mereka.
“Mak saya meninggal dah 37 hari…masakan terkahir mak masak masih saya simpan dalam peti. Walau dah tak boleh makan, saya bahagia tengok makanan itu ada dalam peti ais,
“Arwah ibu masuk ICU masa hari raya. Tapi arwah buat ketupat awal simpan dekat peti ais. So pagi raya kami adik-beradik boleh makan, sedih,
“Betul…masakan mak jadi lagi sedap bila mereka nak pergi. 2 minggu sebelum mak aku pergi dia masak asam pedas and aku rasa itu paling sedap and last.” kongsi warganet di ruangan komen.
Artikel berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Bakat penyanyi Yuna yang berjaya memperkukuhkan namanya di luar negara memang begitu dikagumi. Dia bukan sahaja bijak membawa imej negara (melalui muzik), namun secara tidak langsung turut mempromosi adat dan budaya kita di sana, salah satu penampilan dalam berfesyen. Dalam posting terbarunya, Yuna begitu bangga menggayakan persalinan kardigan kimono dari fabrik songket yang direka oleh ibu kesayangannya, Penyanyi yang menetap di US itu kini berada di Kota Paris sempena Paris Fashion Week (PFW).
Menurut Yuna, baju yang direka oleh ibunya Datin Anum ini memang kena sekali dengan penampilan dan cita rasanya yang sebenar.
Ternyata fabrik songket ini diberi sentuhan moden dengan rekaan kimono yang ringkas tetapi begitu eksklusif sekali. Jika diintai di laman instagram penyanyi ini, Yuna memang gemar sekali menggayakan kardigan atau jaket dalam setiap OOTDnya.
Malah ibunya juga turut memuat turut posting memberitahu baju dari butik @srikandi.clothier itu telah dipakai oleh anak perempuan kesayangannya di Kota Paris.
kunumz My darling girl wore this Songket kimono from @srikandi.clothier yesterday in Paris.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut teruja dan memebri komen positif apabila dia memilih persalinan songket untuk OOTD di kota besar yang sungguk romantik itu.
daisyariell you are really beautiful, adore you so much
iamnotshaf_ You look good! And the songket kimono looks so beautiful
aryberry85 Oh my dear Lord! I need tht songket kimono in my life! It’s beautiful Yuna!
amiliagani Love love this look. Cantik Yuna
i_mercymathew So beautiful
ikhramaiman gorgeous!
LAGI GAMBAR #OOTD YUNA GAYAKAN KARDIGAN ATAU JAKET
#1. rose_colored_gal wow this outfit
#2. theweird_andwonderful_brilissa Love the outfit
#3. ejuluje Gorgeous!
#4. lisarenee16 Great outfit!
#5. kfashionbiz.my Nice ootd sis
KREDIT FOTO: INSTAGRAM YUNA
Download seeNI sekarang!
Berlibur bersama girl gang travel dan keluarga memang sesuatu yang menyenangkan. Apalagi jika staycation di hotel sambil melepas penat bersama teman atau keluarga. Namun, menginap di hotel dengan membawa banyak tetamu harus mematuhi aturan yang sudah ditetapkan. Sebab, hotel telah menetapkan jumlah maskima tetamu yang akan menempati satu bilik.
Jika anda merancang menginap di hotel, berikut tips menginap di hotel ramai-ramai di hotel:
Pihak hotel telah menetapkan aturan, jika bilik hotel hanya boleh ditempati oleh dua orang dewasa. Hal tersebut biasanya yang dilanggar oleh para tetamu, terutama kalangan muda-mudi. Untuk menghindari hal tersebut, tetamu boleh memesan satu bilik lagi agar sesuai dengan kapasiti bilik.
Jika bilik diisi dengan lebih dari dua tetamu, maka akan ditegur dan dikenakan bayaran tambahan. Tetamu yang berumur 18 tahun ke atas dikenakan bayaran tambahan. Namun, terkadang tetamu sering melanggar peraturan bilik dengan mengisi jumlah yang melebihi kapasiti.
Untuk lebih praktis dan tetap ingin berkumpul dalam satu bilik, tetamu boleh menambahkan extra bed. Setiap hotel memiliki aturan maksima, penambahan extra bed di bilik masing-masing. Paling maksima tiga orang satu bilik.
Dengan extra bed, tetamu tetap boleh berkumpul dengan girl gang travel atau keluarga. Namun menambahkan extra bed boleh bilik agak padat. Hal ini tidak jadi masalah bagi gang travel yang mempunyai bajet utntuk penginapan.
Jika menambah extra bed, tetamu juga akan mendapat fasilita breakfast untuk seorang. Namun bergantung pada syarat yang hotel tetapkan. Hotel hanya akan meminta bayaran tambahan breakfast bagi tetamu yang tidur dengan extra bed.
Bagi keluarga yang menginap dengan jumlah yang ramai, boleh mengunakan fasiliti connecting room. Connecting room merupakan dua bilik hotel berbeza, namun dilengkapi dengan pintu penghubung.
Fasiliti ini biasanya sering digunakan oleh para keluarga yang membawa banyak anak. Jika dengan connecting room ibu bapa boleh mengawasi anak-anak yang berada di bilik sebelah. Jika berada di connecting room seperti menginap di dalam satu bilik.
Jika membawa tetamu yang ramai, lebih baik jujur dengan pihak hotel. Tetamu sebaiknya tidak masuk diam-diam ke dalam hotel. Hal tersebut merupakan pelanggaran dan tetamu dapat dikenai denda.
Sebagai contoh, ketika tetamu mengaku menginap hanya dua orang, namun ada dua atau empat orang lainnya, maka pihak hotel berhak memberi teguran hingga ada bayaran tambahan. Pihak hotel juga wajib menyimpan data semua tetamu yang tinggal dalam hotel.
Jika tetamu merasa kurang informasi mengenai bilik yang akan ditempatkan, staf hotel akan menunjukan secara langsung kepada para tetamu. Hal ini bertujuan agar tetamu boleh mengukur sendiri adakah bilik tersebut cukup untuk mereka. Lalu adakah mereka harus menambah bilik atau extra bed. “Pihak hotel boleh menunjukan bilik yang sesuai mengikut kapasiti tetamu.
Download seeNI sekarang!