Pelakon dan penyanyi Erra Fazira membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Ezwan Zain ketika berada di Tanah Suci.
Menerusi satu video dimuat naik, Erra membawakan kek bertulis “Sanah Helwah Ezwan Zain” sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir buat suami tersayang.
BACA: “Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik” – Ibu Erra Fazira Puji Mr E
“Alhamdulillah meraikan hari kelahiranmu di tanah suci AlMunawwarah. Kedamaian disetiap penjuru terasa lebih sempurna.
“Moga dikau tetap menjadi yang terindah sehingga ke nafas terakhir.. Selamat ulangtahun suamiku,” tulisnya.
Sementara itu, Ezwan menyifatkan kejutan berkenaan sebagai hadiah ulang tahun paling bermakna dalam hidupnya.
“Terima kasih isteri tersayang kerana memberikan hadiah paling bermakna. Menyambut ulang tahun di Tanah Suci dan berpeluang mengerjakan umrah bersama.
“Alhamdulillah, terima kasih juga atas ucapan dan doa daripada semua. Semoga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan,” tulisnya.






