Walaupun sudah hampir dua bulan berlalu, majlis perkahwinan primadona Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain masih menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.
Tak mahu duit

Majlis yang digelar sebagai ‘Wedding of the Year’ itu bukan sahaja mencuri perhatian, malah turut memberi inspirasi kepada pasangan bakal pengantin, khususnya berkaitan pemilihan dinar emas sebagai mas kahwin.
Memetik laporan Kosmo, pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 52, berkata, dia sendiri tidak menjangka keputusan memilih dinar emas sebagai mahar akan menjadi ikutan dan perbincangan ramai.

“Sewaktu kami sedang membuat persiapan perkahwinan dulu, suami pernah tanya saya nak hantaran berapa? Saya cakap saya tak nak duit, saya nak emas.
“Sekarang saya lebih cakna tentang kepentingan menyimpan emas. Kalau dulu saya lebih sukakan emas putih. Kini saya mula menyimpan emas kuning.
“Saya juga turut membelikan anak saya Engku Aleesya emas setahun sekali sebagai pelaburan masa depan. Di saat dunia sekarang berdepan pelbagai isu antaranya peperangan, pentingnya untuk kita menyimpan aset seperti emas,” katanya.
Terdahulu, Erra menjadi sorotan publik apabila menegaskan bahawa amalan berhias atau mengenakan solekan tebal tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk menilai peribadi, akhlak mahupun kelayakan seseorang wanita sebagai pasangan hidup.
Difahamkan, dia membidas kenyataan penyanyi Datuk Fazley Yaakob yang menasihatkan kaum lelaki agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan, selain mengaitkan wanita yang gemar bersolek tebal sebagai satu bentuk ‘red flag’.

Artikel lain: Erra Fazira bidas dakwaan wanita bersolek ‘red flag’ – “Tak cerminkan akhlak seseorang”
Untuk rekod, Erra dan Ezwan sah bergelar suami isteri pada 12 Disember 2025 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang. Pada majlis tersebut, Ezwan menyerahkan mas kahwin berupa sebuah pokok emas yang mengandungi 24 keping dinar emas.
Sumber: Kosmo (Helmi Anuar)






