Hangat diperkatakan mengenai spekulasi pelakon Erra Fazira dikhabarkan bakal mengumumkan majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E esok.
Memetik Utusan, sumber memberitahu pelakon itu akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka semasa pelancaran video muzik lagu berjudul Cinta Abadi.
BACA: Erra Fazira Mengaku Tinjau Dewan, Banyak Pihak Nak Taja
“Video muzik yang akan dilancarkan esok adalah bagi lagu tema majlis perkahwinan. Memang mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi cuma tiada maklumat terperinci mengenainya buat masa ini,” kata sumber.
Terdahulu, Erra mendedahkan dia sudah memperkenalkan kekasih hatinya Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E kepada ibunya.
Sementara itu, Ezwan mengakui hubungannya dengan Erra yang terjalin sejak Ogos tahun lalu semakin serius.
Sumber: Utusan






