Erra Fazira, Suami Rancang Jelajah Masjid Tunai Solat Tarawih

Erra Fazira, Suami Rancang Jelajah Masjid Tunai Solat Tarawih

Erra Fazira, Suami Rancang Jelajah Masjid Tunai Solat Tarawih


Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira berkata dia dan suaminya, Ezwan Zain merancang menjelajah masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Memetik HibGlam, Erra berkata tahun ini berbeza kerana tidak lagi menyambut Ramadan sendirian sebaliknya bersama suami tercinta.

BACA: Erra Fazira Buat Kejutan Istimewa Hari Lahir Suami Di Tanah Suci

“Sebenarnya jadual kerja saya agak padat sejak kami berkahwin. Kerja ‘back to back’. Ada konsert lagi. Suami pun sibuk menguruskan bisnes kafe.

“InsyaAllah kami berhajat untuk melakukan jelajah ke masjid-masjid untuk menunaikan solat tarawih. Sewaktu saya buat podcast Kasi Onz ustaz ada berkata lebih afdal kalau berjemaah bersama,” katanya.

Sementara itu, Ezwan berkata dia teruja menyambut Ramadan bersama isteri tercinta selepas sekian lama hidup bersendirian.

“Perasan itu lebih kepada teruja. Erra pun dah lama berbuka puasa seorang diri. Kali ini ada peneman. Saya sejenis orang yang ringkas.

“Saya makan apa sahaja yang disediakan isteri sewaktu sahur mahupun berbuka. Lagipun hanya kami berdua di rumah. Aleesya akan datang kadang-kadang,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top