BELLINGHAM, Washington, March 22, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — eXp Realty®, sebuah syarikat broker hartanah bebas terbesar di dunia dan anak syarikat eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), hari ini mengumumkan pelancaran perniagaannya di Peru yang merupakan pasaran antarabangsa ke-25 syarikat itu. Pencapaian ini akan mengukuhkan lagi kehadiran global eXp World Holdings, Inc. serta menawarkan laluan mantap kepada ejen hartanah di Peru bagi mencapai kejayaan, pembinaan kekayaan dan kerjasama global.
“Dengan mengembangkan operasi ke Peru, kami terus mengorak langkah berani dalam membina pembrokeran hartanah yang paling berpusatkan ejen di dunia,” kata Glenn Sanford, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi eXp World Holdings. “Tidak seperti pembrokeran tradisional yang mengehadkan pertumbuhan ejen, eXp memperkasakan mereka dengan menyediakan model perniagaan yang memberikan ganjaran bagi kejayaan mereka, memacu pembangunan profesional mereka dan menghubungkan mereka dengan komuniti global yang berkembang maju. Ejen-ejen di Peru kini mempunyai akses kepada peluang yang unik untuk mengembangkan perniagaan mereka dan dapat mengawal sepenuhnya kerjaya mereka.”
Ricardo Alfaro, Ketua eXp Peru menekankankan kelebihan luar biasa yang ditawarkan oleh eXp.
“Ejen kami di Peru kini boleh mengakses model pembrokeran yang bukan sahaja inovatif tetapi turut berupaya merubah kehidupan. eXp Realty bukan sekadar satu lagi syarikat hartanah. Ia juga satu gerakan yang membolehkan ejen benar-benar berkembang maju melalui kerjasama, pemilikan ekuiti dan peluang pembinaan perniagaan di peringkat global.”
Sebab Ejen Peru Beralih kepada eXp Realty
Dengan model berasaskan awan dan platform kerjasama proprietari, eXp Realty memberikan kelebihan daya saing yang diperlukan oleh ejen di Peru untuk berjaya dalam landskap hartanah masa kini yang terus berkembang. Manfaat tersebut merangkumi:
- Jana Pendapatan Lebih Banyak, Simpan Lebih Banyak: Pembahagian komisen yang terkemuka dalam industri dan had kelayakan minimum yang rendah untuk memaksimumkan pendapatan ejen.
- Pemilikan dalam Masa Depan Anda: Peluang memiliki ekuiti dalam syarikat yang didagangkan di Nasdaq yang membolehkan ejen membina kekayaan selain melalui transaksi.
- Potensi Pertumbuhan Tanpa Had: Rangkaian rujukan global bagi hampir 83,000 ejen untuk mengembangkan peluang perniagaan yang melangkaui sempadan geografi.
- Latihan dan Sokongan Bertaraf Dunia: Akses kepada bimbingan langsung, program pementoran dan strategi pertumbuhan perniagaan daripada ejen berpencapaian tinggi di seluruh dunia.
- Fleksibiliti dan Kebebasan Tiada Tandingan: Bekerja dari mana-mana sahaja, kembangkan pasukan tanpa sekatan geografi dan pasarkan hartanah di seluruh dunia.
Ejen-ejen di Peru yang mahu memajukan kerjaya hartanah mereka ke peringkat selanjutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang menyertai eXp Realty dan meneroka masa depan dalam bidang hartanah dengan melawati:exprealty.international
Perihal eXp World Holdings, Inc.
eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) (“Syarikat”) ialah syarikat induk untuk eXp Realty® dan SUCCESS® Enterprises.. eXp Realty merupakan syarikat pembrokeran hartanah bebas yang terbesar di dunia dengan hampir 83,000 ejen di 25 lokasi antarabangsa. Sebagai syarikat pembrokeran berasaskan awan dan berpusatkan ejen, eXp Realty menyediakan pembahagian komisen terkemuka dalam industri kepada ejen hartanah, perkongsian hasil, peluang pemilikan ekuiti dan rangkaian global yang memperkasakan ejen untuk membina perniagaan yang berkembang maju. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang eXp World Holdings, Inc., lawati:expworldholdings.com
SUCCESS® Enterprises, yang diterajui oleh majalah SUCCESS®, telah menjadi nama yang dipercayai dalam pembangunan peribadi dan profesional sejak 1897. Sebagai sebahagian daripada ekosistem eXp, ia menyediakan akses kepada sumber berharga untuk meningkatkan kemahiran ejen, mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai kejayaan jangka panjang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SUCCESS, lawati success.com.
Safe Harbor dan Kenyataan Prospektif
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini mencerminkan jangkaan semasa Syarikat dan pengurusannya tetapi melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh memberikan kesan kepada keputusan sebenar secara material. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang pertumbuhan ke peringkat antarabangsa, kejayaan ejen secara individu dan ketersediaan program pemilikan ekuiti. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material dan buruk daripada yang dinyatakan dalam kenyataan prospektif termasuklah ketidaktentuan pasaran hartanah, perubahan dalam pengekalan atau perekrutan ejen, keupayaan Syarikat untuk berkembang dengan jayanya dalam pasaran antarabangsa, tekanan persaingan, perubahan kawal selia dan risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang difailkan baru-baru ini pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskinikan kenyataan ini melainkan dikehendaki oleh undang-undang.
Maklumat Perhubungan Media:
eXp World Holdings, Inc.
mediarelations@expworldholdings.com
Maklumat Perhubungan Pelabur:
Denise Garcia, Rakan Kongsi Pengurusan
Hayflower Partners
investors@expworldholdings.com
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e94eada6-775b-4309-8337-f2788d770fd9