Eyka Farhana, Akhyar Rashid bakal timang cahaya mata

Eyka Farhana, Akhyar Rashid bakal timang cahaya mata


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Eyka Farhana berkongsi berita bahagia bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram.

“Daripada dua hati, menjadi tiga. Masya-Allah, Tabarakallah. Anugerah terbesar kami dalam perjalanan,” tulisnya dalam ruangan keterangan.

Hantaran itu turut dimuat naik bersama video memaparkan kemesraan bersama foto imbasan kehamilan.

Ruangan komen dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan selebriti serta pengikutnya di media sosial.

Eyka dan Akhyar berkahwin pada 2 Mei 2025 selepas mengikat pertunangan pada November 2024.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top