Pelakon, Eyka Farhana berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak pertama.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Eyka atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 32, memuat naik sebuah video berada di pantai bersama suaminya, pemain bola sepak Akhyar Rashid.
“From two hearts to three, Masya-Allah, Tabarakallah, our greatest blessing is on the way,” katanya ringkas di kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli itu.
Terdahulu, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025 dalam majlis akad nikah tertutup di The Lake Ampang, Kuala Lumpur, selepas hampir lima tahun menyulam cinta.






